Penerokaan Kopi Itali Bersama Ikon Fesyen, Chiara Ferragni
Nespresso Chiara Ferragni

Penerokaan Kopi Itali Bersama Ikon Fesyen, Chiara Ferragni

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Rasa Itali Diilhamkan Oleh Kota Milano

Nespresso Chiara Ferragni

Penambahan edisi terhad rangkaian Ispirazione Italiana 2023 ini dinamakan Milano Intenso. Ia dicipta untuk membolehkan penggemar kopi untuk meraikan bandar Milan yang penuh warna warni. Dengan keseimbangan antara nota buah- buahan dan sedikit kilauan rempah, kopi tersebut akan membawa peminumnya ke destinasi penuh warisan artistik, gaya hidup penuh mewah, dan rasa yang unggul. Milano Intenso merupakan epitome keanggunan, sejarah, dan kepakaran kopi Itali.

 

Budaya Itali Elegan Dengan Aksesori Edisi Terhad

Koleksi ini terdiri daripada satu set edisi terhad cawan espresso berwarna hitam dan emas matte, untuk menikmati  dengan penuh gaya. Penggemar kopi juga boleh mendapatkan mesin kopi Nespresso CitiZ edisi terhad dengan sentuhan Itali. Ia dibaluti karya seni menarik yang mengingatkan kepada Villa Necchi Campiglio di Milan dan sesuai digunakan untuk menikmati rangkaian kopi Ispirazione Italiana Nespresso, termasuklah Milano Intenso.

Nespresso Chiara Ferragni

Penggemar kopi kini boleh menikmati kopi dengan penuh gaya dengan koleksi edisi terhad Ispirazione Italiana bersama Chiara Ferragni. Ispirazione Italiana Milano Intenso boleh didapatkan dengan harga RM3.20 per kapsul. Manakala, set dua cawan espresso berwarna hitam dan emas matte pula boleh didapatkan dengan harga RM159.

See also
“Saya Kini Bionik” - Katherine Heigl Dedah Isu Kesihatan & Surgeri

Penggemar kopi juga boleh membawa pulang mesin kopi Nespresso CitiZ pada harga RM999. Layari nespresso.com untuk maklumat lanjut.

 

Foto: Nespresso Malaysia

Baca lebih lanjut: Kesegaran Kopi Musim Panas Cara Chiara Ferragni