Kesegaran Kopi Musim Panas Cara Chiara Ferragni - Glam Malaysia

Kesegaran Kopi Musim Panas Cara Chiara Ferragni

Nespresso berkolaborasi bersama usahawan digital, Chiara Ferragni untuk melancarkan koleksi kopi edisi terhad untuk musim panas yang menyegarkan.

Hadir musim panas ini, Nespresso kini bersedia untuk membawakan desiran bergaya dengan kolaborasi terbaharunya bersama usahawan digital Itali yang terkenal, Chiara Ferragni. Kerjasama ini akan menyaksikan bintang media sosial itu menghiasi wajah mesin Nespresso serta aksesori yang digemarinya dengan gaya ikoniknya yang terkenal dengan warna-warna berani dan rekaan menyerlah.

Personalitinya yang terkenal dengan ketelitian, idea-idea baharu dan sokongan aktifnya dalam usaha memperkasakan wanita merupakan komponen utama jenama Nespresso, dan kesemuanya diserlahkan bersama melalui kolaborasi ini. Usahawan digital yang mementingkan nilai kekeluargaan ini adalah lambing keperibadian musim panas yang selari dengan Nespresso.

Kolaborasi Nespresso x Chiara Ferragni ini merangkumi pelbagai jenis pengaktifan, daripada pelancaran koleksi edisi terhad kepada acara eksklusif, melalui resipi-resipi kopi berinspirasikan musim panas serta akses belakang tabir.

“Sebagai orang Itali, saya adalah seorang peminum kopi tegar dan telah menjadi peminat Nespresso sejak sekian lama. Nespresso benar-benar melambangkan gaya hidup kontemporari dengan pendekatannya yang praktikal dan bijak terhadap kopi berkualiti. Inilah sebabnya saya begitu teruja untuk mengusahakan koleksi ini, yang dipenuhi rekaan mewah dan menyeronokkan. Ketika saya mula bertemu dengan jenama ini, mereka memperkenalkan saya kepada pelbagai inisiatif berkaitan kelestarian dan kitar semula, yang membuatkan saya cukup teringin untuk menyertainya dan menyumbang terhadapnya dalam masa terdekat,” katanya mengenai kolaborasi ini.

See also
10 Wanita Yang Memberi Impak Dalam Dunia Fesyen Untuk 2018

Kerjasama Nespresso x Chiara Ferragni Essenza Mini membuka pintu baharu untuk kopi espresso yang berkualiti tinggi. Terpilih untuk meraikan cintanya terhadap kopi Ispirazione Roma, Essenza Mini telah diperbaharui dengan corak berwarna terang yang memaparkan penampilan tersendiri dua jenama ini.

Menampilkan sentuhan merah jambu, Nespresso x Chiara Ferragni Aeroccino 3 edisi terhad akan menawarkan cara yang cepat dan anggun untuk menyediakan busa susu panas atau sejuk. Selain itu, Nespresso x Chiara Ferragni Coffee Mug membolehkan pengguna menikmati Nespresso kegemaran yang dihiasi dengan monogram Nespresso, yang diberi penataan bergaya dengan warna terang kegemaran Chiara persis trend paling hangat musim ini. Nespresso x Chiara Ferragni Nomad Travel Mug pula diberikan kelainan dengan reka bentuk ikon mata yang menjadi lambang pengenalan signature.

Para penggemar kopi dan peminat Chiara Ferragni pasti tidak sabar untuk menikmati kopi kolaborasi edisi terhad ini. Akan dilancarkan tidak lama lagi, peminat juga boleh mendapatkan resipi penuh dengan mengunjungi laman rasmi Nespresso. Ikuti akaun media sosial Nespresso untuk mendapatkan maklumat terkini jadual musim panas #NespressoxChiaraFerragni.

See also
Blu Inc Media Bersama Samsung Merai Hari Wanita Sedunia

Foto: Nespresso Malaysia

Baca lebih lanjut: Citarasa Premium Marriott Bonvoy Kini Di GrabFood