Jenama hospitaliti mewah bertaraf dunia, Waldorf Astoria bakal melakar sejarah dengan pembukaan hotel pertamanya di Malaysia yang kini secara rasmi menerima tempahan menjelang pembukaannya pada penghujung tahun 2026.
Bertempat di golden triangle Kuala Lumpur berhampiran Bukit Bintang, Pavilion Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas, hotel ini menjadi hotel utama jenama Waldorf Astoria di Asia Tenggara. Dengan gabungan kemewahan klasik dan sentuhan moden, Waldorf Astoria Kuala Lumpur menawarkan pengalaman penginapan yang mengutamakan keselesaan, privasi dan layanan peribadi kepada semua tetamu.

Hotel ini menawarkan 268 suite yang direka dengan konsep kediaman mewah, bermula daripada suite satu bilik berkeluasan 80 meter persegi sehingga Waldorf Astoria Suite seluas 745 meter persegi. Setiap suite dilengkapi ruang kediaman yang luas, sentuhan elegan serta pemandangan panorama latar langit Kuala Lumpur, sekali gus menjadikannya pilihan ideal untuk penginapan singkat mahupun jangka panjang. Tambahan pula, menerusi falsafah hotel ini layan tetamu mereka sentiasa menekankan keikhlasan, layanan intuitif dan pengalaman yang diperibadikan mengikut keperluan setiap tetamu.

Selain itu, Waldorf Astoria Kuala Lumpur turut bakal menjadi destinasi gastronomi baharu di ibu negara dengan kerjasama bersama cef terkenal dunia, Garima Arora dan Jean-Georges Vongerichten. Setiap konsep restoran yang diperkenalkan akan membawa identiti tersendiri bagi menjanjikan pengalaman kulinari yang eksklusif dan penuh karakter. Dalam masa yang sama, Waldorf Astoria Kuala Lumpur turut menawarkan ruang acara yang elegan dan mewah bagi penganjuran majlis berprestij, seperti acara korporat, gala, sambutan eksklusif serta resepsi. Menurut Pengurus Besar Waldorf Astoria Kuala Lumpur, Etienne Dalançon, pembukaan tempahan ini menandakan permulaan kepada sebuah alamat ikonik yang diberi nafas baharu untuk memenuhi jangkaan pengembara moden yang mencari pengalaman hospitaliti bertaraf dunia.

Bersempena pembukaannya, Waldorf Astoria Kuala Lumpur turut memperkenalkan pakej Waldorf Astoria Indulgence Escape yang menawarkan sarapan pagi serta 15,000 Hilton Honors Points kepada ahli Hilton Honors bagi tempahan minimum dua malam. Dengan gabungan penginapan mewah, pengalaman gastronomi premium dan kemudahan wellness yang menyeluruh, Waldorf Astoria Kuala Lumpur dijangka menjadi antara pembukaan hotel paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara pada tahun 2026.
Artikel berkaitan: Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
