Sinergi Hidup Scha Al-Yahya
Selama lebih 20 tahun, industri hiburan dan fesyen melihat sosok bintang ini membina nama, kerjaya dan pengaruhnya. Masa bukan sekadar memperlihatkan pencapaiannya, malah mengubah perspektif kehidupannya. GLAM menyingkap sisi kematangan Scha Al-Yahya dalam mencorak kehidupan yang lebih tenang after forty.
Terlalu banyak yang saya boleh perkatakan mengenai Scha Al-Yahya. She’s not only my muse, malah saya juga cukup bertuah mengenalinya sejak zaman ‘Awan Dania’. Scha atau Ayaya yang saya kenal sehingga sekarang masih sama seperti ketika kami mula bekerjasama untuk pertama kali di GLAM Lelaki dan kali kedua di Cosmopolitan Malaysia. Senang, tak banyak kerenah dan cukup profesional. She’s such a chameleon! Dan saya percaya attitude itulah yang membuat namanya tetap relevan hingga sekarang. Sekian lama saya meninggalkan industri ini, she still respects me as her ‘big sister’.
Dan tentu sekali, when I received her WhatsApp, “Saya ada hajat if you don’t mind interviewing me. Saya suka your perspective and questions would make it feel really special and personal.” Bagaimana saya nak menolaknya? Tetapi saya beritahunya bahawa saya tidak mahu lagi menulis mengenai style, beauty, motherhood atau lakonan. Bukannya apa, sudah terlalu banyak artikel yang memaparkan sisi kehebatannya yang tidak perlu disangkal lagi. Jadi, saya mahu menulis tentang sesuatu yang lain. Mungkin tentang idea yang dia tidak lagi percaya, cita-cita yang diolah semula, ketakutan yang tidak lagi menakutkan, harapan yang dia telah belajar melepaskan, dan versi lama Scha Al-Yahya yang dia pilih untuk ditinggalkan.


