
Gambar Bustamam Mokhtar
Fashion Superstars
Setiap kali mendapat peluang untuk shoot Datuk Seri Siti Nurhaliza, setiap kali itu jugalah keseluruhan sidang redaksi berasa teruja. Masih lagi saya ingat sewaktu kami melakukan penggambaran bersamanya untuk isu istimewa empat sampul muka berbeza. Biduanita ini kami ubah imejnya menjadi seorang lagi ikon dunia hiburan, Madonna dalam empat fasa kerjaya seninya. Kala isu Januari 2012 tersebut sampai ke kedai buku, cover berkenaan menjadi topik bualan hangat orang ramai hinggakan menjadi bahan perbincangan di bilik berita.
Bulan ini sekali lagi Siti Nurhaliza menjadi penghias muka depan. Penampilannya selepas melahirkan anak sulungnya enam bulan lalu sememangnya menakjubkan. Tubuhnya hampir sama langsing sebagaimana zaman anak dara. Namun apa yang masih sama adalah personalitinya yang senantiasa mesra dan merendah diri. Walau dia bintang hebat, tidak sesekali dia menunjukkan gaya bermegah ala superstar. Kerana zaman sekarang ini, nobody pun boleh aksyen lebih daripada selebriti popular hanya dengan bilangan pengikut di media sosial.
Dalam isu ini kami juga menghimpunkan model-model of the moment dalam satu segmen editorial fesyen berserta laporan fesyen musim luruh. Ya, sementara kami menghidangkan review koleksi musim ini, Editor Fesyen kami sudah pun berada di New York, bersedia untuk menghadapi Minggu Fesyen musim bunga 2019 pula. Rasanya sepertikan perubahan musim semakin lama semakin pantas putarannya. Untuk mendapatkan informasi terkini, anda boleh terus klik ke laman sesawang GLAM.MY dan ikuti kami di Facebook dan Instagram!

Artikel Berkaitan
Sinergi Hidup Scha Al-Yahya
Bella Astillah Hargai Bahagia Yang Sederhana
Chryseis Tan in Command!
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
Athina Kamarudin, Michelle Frendiaz & Lareeze Galvez: Wa...
Rita Suraya & Rita Nadira: Two Sisters, One Bond
The Lynn Lim Aura: Stylishly and Seriously Joyful!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
