GLAM Persona: Dolla Make You Wanna - Glam Malaysia
GLAM Persona, Dolla Make You Wanna 01

GLAM Persona: Dolla Make You Wanna

Membiaskan aura yang dominan, seksi, quirky lagi mengintimidasi; DOLLA dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby. Memperjuangkan muzik eksperimental yang berselubung rentak rancak EDM dan Reggaeton, empat gadis tempatan ini menjulang mesej pemerkasaan wanita dan girl power dalam menggalas misi buat menawan lapangan muzik tempatan serta global.

PENGARANG KREATIF: AIZAT AIDID PENGARANG RENCANA: ZUHAIRIE SAHROM PENGARANG FESYEN: JOHAN KASSIM GAMBAR: CHEE WEI SOLEKAN: KF BONG & KEVIN LEE DANDANAN: CKAY LIOW & VV CHAN DIBANTU OLEH NUR IZWANI & AMIRA SHAHIRA

GLAM Persona, Dolla Make You Wanna 03Kumpulan wanita lokal, DOLLA yang disebut do·luh, tampil disaat demam K-pop melanda seluruh dunia. Hadir dengan imej yang segar; Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby mempertaruhkan bakat vokal serta gerak tarian yang mantap dalam setiap persembahan. Bernaung di bawah pengurusan Universal Music Malaysia, mereka pantas memanjat tangga populariti di media sosial selepas memperdengarkan debut perkenalan pada 20 Mac 2020. Single sulung berjudul Dolla Make You Wanna yang berselubung rentak rancak EDM serta Reggaeton dihasilkan oleh komposer terkenal Australia, Bryan B. Turut mendapat sentuhan muzik kreatif olahan anak seni tempatan yakni Zamaera, Shou Raion dan Luca Sickta. Mengimbangi single ini, klip video yang dipertontonkan pada rangka masa yang sama berjaya meraih 4.6 juta tontonan sehingga saat penulisan direncanakan.

See also
GLAM Persona: Scha Alyahya GLAM's Coolest Fashion Icon

Mulanya penubuhan kumpulan wanita ini pada penghujung tahun 2019 menerusi ujibakat serta intipan profil di media sosial yang terlaksana berbulan sebelumnya, kedatangan empat gadis dalam lingkungan usia dari 20-27 ini sedikit berbeza. Kerana perkenalan mereka terjadi saat musim pandemik mula menular di negara lalu kesemua pintu diarahkan untuk tutup bagi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan. Meskipun, berdepan dengan kekangan promosi; Angel, Sabronzo, Syasya serta Tabby senantiasa berpandangan positif dan berusaha meledakkan nama DOLLA menerusi platform digital. Hari ini DOLLA meraih kumpulan peminat dipanggil iDolla dengan 113 ribu pengikut dari dalam dan luar negara menerusi profil rasmi DOLLA. Juga sekitar 4 ribu pengikut di profil fan page rasmi iDolla.

GLAM Persona, Dolla Make You Wanna 02

Julung kali menghiasi ruangan fesyen Stail dalam isu Jan-Feb 2021 bersama GLAM hasil arahan pengarang fesyen Johan Kassim; GLAM sekali lagi menjemput DOLLA. Namun, kali ini buat membintangi hamparan wajah hadapan isu April dengan kupasan tema NEXT GEN Edisi 2022. Hampir seharian meluangkan masa, pasukan GLAM dan DOLLA yang hadir ditemani pengurusnya; Nadiah bergelandangan di Pusat Tenis Nasional Tun Razak bagi merakamkan visual kreatif. Terus, menemubual, mengenali setiap satu anggota kumpulan wanita ini buat meraikan isu April bersama Coach. Bergilir bersiap di bilik hostel yang disediakan untuk persinggahan atlet-atlet tenis negara. Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby menyarungkan ceraian terkini Coach untuk musim bunga/panas 2022 yang mendakap keselesaan dan pragmatisme gaya sukan serta jalanan.

See also
Coach 1941: Kembali Ke Kolej Dalam Gaya Amerikana

Baca lanjut dalam GLAM April 2022

Pautan berkenaan: GLAM Persona: Fyza Kadir… Happier Than Ever