Kekangan Fesyen Berevolusi? Athleisure 90an.

Nike dan Adidas sememangnya antara nama gergasi dalam medan persukanan. Populariti dengan pembeli serta strategi pengiklanan yang hebat mengukir tempat terulung apabila berkata tentang sukan. Jenama sukan kerdil yang lain seperti Champion, FILA dan Kappa lesap ditelan gelombang 90an yang pesat didominasi oleh label-label sedemikian.
Meskipun begitu, trend athleisure, yang sukar diterima oleh golongan veteran dunia fesyen, kini menjadi stail go-to gadis-gadis fesyen alaf ini. Mungkinkah mereka gemarkan keselesaan lebih dari gaya atau label?

Tiada keraguan bahawa stail athleisure ini ringkas, mudah disarung dan boleh digayakan mengikut personaliti si pemakai itu sendiri. Hanya dengan helaian baju berlogo, tights berjalur 3 di tepi dan kasut sukan putih, bersama tas tangan designer pilihan sudah pasti membuat statement.
Lihat sahaja gaya streetwear yang sering dilihat dalam foto-foto ditangkap paparazzi Hollywood. Pengaruh gadis-gadis millennial yang senantiasa bergaya seperti Kendall Jenner dan Chiara Ferragni juga melonjakkan lembali populariti stail yang ramai beranggapan sudah hilang di radar fesyen. Rumah-rumah fesyen seperti Gucci dan Louis Vuitton turut berpaling arah dan mengeluarkan koleksi yang menghembus nafas athleisure.

Kontradiksinya, ikon-ikon atasan pentas fesyen kurang gemar akan trend yang muncul kembali ini. Bagi mereka, trend ini bakal (dan sedang) mengekang cara tradisional fesyen berevolusi. Apa kata anda? Is it a trend to stay or to stray?
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
