Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioSelena Gomez mencuri tumpuan di perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce, menerusi dua busana memukau daripada Oscar de la Renta yang menyuntik elemen glamor klasik.
Perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce menjadi antara acara paling hangat diperkatakan hujung minggu lalu apabila pasangan itu akhirnya meraikan detik istimewa mereka dalam sebuah majlis yang dipenuhi keluarga serta sahabat terdekat. Selain menjadi tumpuan kerana kisah cinta dua figura terkenal itu, acara berkenaan turut menarik perhatian pencinta fesyen menerusi kehadiran barisan tetamu berprofil tinggi yang tampil dengan gaya tersendiri. Antara yang mencuri perhatian sudah tentunya Selena Gomez, sahabat rapat Taylor Swift yang mana turut hadir dalam persalinan memukau dan menjadi antara nama yang paling banyak diperkatakan sepanjang sambutan tersebut.

Selena Gomez Memilih Busana Oscar de la Renta Buat Sambutan Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Bintang terkenal ini mencuri perhatian di majlis perkahwinan Taylor Swift menerusi penampilan yang menyerlahkan estetika glamor moden dengan sentuhan klasik. Untuk majlis utama, Selena memilih gaun berkilauan daripada Oscar de la Renta yang dihiasi kristal serta perincian rumbai emas. Siluet yang memeluk tubuh dengan garis leher scoop memberikan keseimbangan antara kemewahan dan keanggunan, bersama kasut tumit tinggi serta barang kemas oleh Chopard yang melengkapi keseluruhan penampilan. Sebagai antara tetamu yang paling dinantikan pada majlis tersebut, Selena bukan sahaja menjadi bualan hangat dengan gayanya yang memukau, malah pilihan busana emas yang digayakannya turut mengingatkan ramai kepada gaun rona keemasan yang pernah dikenakan Taylor Swift ketika menghadiri perkahwinannya bersama Benny Blanco sebelum ini.

Sehari sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan, Selena terlebih dahulu menghadiri rehearsel dinner dalam satu lagi rekaan daripada Oscar de la Renta. Gaun tanpa lengan itu menampilkan korset separa telus yang dihiasi motif renda menyerupai dedaunan, mencipta siluet yang nyata romantis dan elegan. Untuk penampilan ini, Renato Campora memilih gaya sanggul kemas yang menonjolkan struktur wajahnya, manakala Hung Vanngo melengkapkan gaya tersebut dengan solekan mata smoky yang lembut serta sentuhan gincu merah jambu. Anting-anting berlian yang minimalis dan kasut tumit oleh Jimmy Choo menjadi aksesori pilihan yang menyempurnakan keseluruhan penampilan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Selena semakin konsisten membina identiti gaya yang berpaksikan keanggunan klasik dengan sentuhan moden. Pilihannya untuk mengenakan dua rekaan berbeza daripada Oscar de la Renta sepanjang sambutan perkahwinan tersebut memperlihatkan kecenderungannya terhadap siluet feminin, perincian mewah dan kemasan yang sarat dengan elemen couture.
Artikel berkaitan: Taylor Swift Dan Travis Kelce Bakal Berkahwin Julai Ini!
Artikel Berkaitan
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Menβs SS27
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
