fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Chanel Persembah Paris Opera Junior Ballet Ke Malaysia
10 Bilionair Empayar Kecantikan Terkaya Pada 2023
GLAM Kongsi 5 Tip Wellness Untuk Gaya Hidup Sihat Sempurna
GBC Love Wellness: 5 Perbezaan Utama Terapi Sound Bath dan Sound Meditation
Buffet Ramadan Terbaik Sekitar Lembah Klang 2026 Untuk Pengalaman Berbuka Paling Eksklusif
Home > Gaya Hidup > Yaya Zahir Jadikan Larian Lebih Daripada Sekadar Hobi

Yaya Zahir Jadikan Larian Lebih Daripada Sekadar Hobi

Di sebalik imejnya sebagai ikon fesyen dan personaliti televisyen, Yaya Zahir menemui satu minat baharu yang mengubah kehidupannya. Daripada langkah pertama sehingga membina komuniti larian sendiri, baginya setiap larian membawa makna yang lebih besar daripada sekadar hobi.

Yaya Zahir merupakan nama yang tidak asing lagi di dalam industri hiburan tempatan, personaliti televisyen ini juga dikenali dengan memiliki gaya fesyen yang tersendiri. Minatnya terhadap dunia fesyen dapat dilihat menerusi jenama pakaian miliknya, Asly.offcial yang kini berkembang memperkenalkan koleksi pakaian gaya aktif yang pertama, selari dengan gaya hidup barunya.

Kebelakangan ini, Yaya sering berkongsi aktiviti lariannya di Instagram. Minat tersebut bermula selepas beliau konsisten mendaki sebanyak tiga kali seminggu. Atas galakan sahabatnya, Adriana Adnan, Yaya mula mencuba aktiviti larian dan itu lah titik permulaan yang mengubah kehidupannya menjadi individu yang lebih sihat dan aktif.

Titik Permulaan

Larian 10 kilometer pertama yang menjadi titik permulaan buat Yaya. Pengalaman itu memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan sehingga mendorongnya menjadikan larian sebagai rutin setiap awal pagi bersama yang tersayang, serta pelbagai komuniti larian.

Perasaan gembira bangun seawal jam 5:30 pagi hanya untuk berlari mengejar matahari terbit, berpeluh, mendengar derapan langkah sendiri serta merasai debaran ketika perlumbaan

Semua adrenalin itu sangat menakjubkan! ketika itulah Yaya sedar, larian bukan lagi sekadar hobi tetapi sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Larian Ubah Yaya Zahir Dari Segi Fizikal dan Mental

Daripada seorang individu yang kerap tidur lewat malam dan menyukai makanan segera, kepada individu yang lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan fikizal dan mental. Sejauh itu larian mengubah Yaya Zahir menjadi seorang yang lebih mementingkan pemakanan seimbang. Pengambilan karbohidrat yang berkualiti serta protein yang mencukupi menjadi antara aspek yang penting buat Yaya untuk memastikan tubuhnya sentiasa bersedia untuk menjalani latihan dan menyertai larian.

Dari segi mental pula, Yaya tidak sangka yang larian mampu memberi impak besar terhadap kesihatan mentalnya. Setiap larian bukan sekadar menguji ketahan fizikal, malah membentuk kekuatan mental dan keyakinan diri untuk terus mencabar had kemampuan diri.

Apa Yang Mendorong Yaya Memulakan Komuniti Larian Sendiri?

Daripada seorang yang baru belajar berlari, kini Yaya pula menjadi individu yang menggalakkan orang lain untuk memulakan langkah pertama. Bagi Yaya, komuniti larian adalah ruang untuk saling memberi sokongan dan motivasi. Pengalamanya berlari bersama pelbagai komuniti larian membuatkan beliau menyedari bahawa setiap komuniti mempunyai keistimewaan dan skil tersendiri yang boleh dipelajari. Oleh itu, Yaya ingin mewujudkan sebuah komuniti yang mesra kepada semua tanpa mengira tahap pengalaman, sama ada pelari baharu mahupun yang berpengalaman.

 Enjoy the journey, and give yourself a pat on the back! The real challenge is showing up. It’s not about always about the run.

Itu yang diharapkan oleh Yaya Zahir kepada sesiapa yang menyertai larian komunitinya. Dan dimasa hadapan Yaya mengharapkan komuniti ini akan berkembang dan lebih ramai orang menyertai. Sebagai seorang yang baru membuat komuniti sendiri. Yaya sudah pernah berlari dengan pelbagai komuniti dan setiap komuniti tersebut mempunyai skil mereka yang tersendiri yang boleh dipelajari.

Sasaran Komuniti Larian Yaya

Bak kata Yaya “The real challenge is showing up.” Oleh itu, dalam tempoh setahun akan datang, Yaya berharap komuniti lariannya akan terus berkembang dan menarik lebih ramai individu daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sesiapa sahaja dialu-alukan untuk menyertai, sama ada yang baru ingin berjinak-jinak dengan larian mahupan pelari berpengalaman. Semoga komuniti yang dibinanya dapat menjadi ruang positif untuk orang ramai kekal aktif dan saling memberi semangat dalam menikmati perjalanan dalam dunia larian. Kerana, kejayaan sebenar bukanlah tentang siapa yang paling pantas, tetapi keberanian untuk bermula dan terus menikmati setiap langkah dalam perjalanan itu.

Artikel berkaitan: Lima Jenama Athleisure Buat Tampil Ala IT Girl