fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Merancang Keluarga Secara Natural
Elemen – Tatahan Jemeki
Mini Perpustakaan Wajib Ada di Setiap Kediaman Moden
Inspirasi Wardrobe Kris Jenner Sebesar Apartmen
Transformasi Dapur Praktikal
Home > GLAM Plus > Datin X: Dari Brunch Mewah Ke Rahsia Gelap Dunia Kol

Datin X: Dari Brunch Mewah Ke Rahsia Gelap Dunia Kol

Datin X mendedahkan rahsia kuasa, kontrak lima tahun, nafsu tersembunyi dan harga sebenar kemewahan yang ramai KOL muda sanggup bayar demi status dan kuasa sosial elit.

Honestly, kadang Datin X tertanya sendiri kenapa orang obses sangat dengan gelaran. Datin ini, Datin itu. Tapi darling, menjadi Datin bukan bergaya gaun mewah, heels mahal, atau pastikan akaun bank suami berjuta-juta. Ia adalah cara anda jelmakan diri, cara orang ingat anda, dan ya, saya tahu yang saya ada aura itu. Satu Kuala Lumpur sudah kenal saya. Tidak lagi perlu beritahu nama penuh, orang lihat dari jauh sudah kenal siapa saya. 

Hidup saya? Penuh dengan parties, collaborations, red carpet, dan gossip juicy. Ramai yang tanya, “Datin, kenapa ramai nak jadi kawan dengan awak?” Darling, popularity bukan magik. Ia tentang strategi, gaya, dan sedikit drama. Dan percaya lah, sedikit drama itu kadang lebih menyeronokkan daripada beg Birkin Himalaya yang mahal. 

Semua bermula ketika seorang kenalan DM saya. “Datin, kau tahu tak agency KOL tu? Yang kau labur duit banyak-banyak tu…” Saya angkat kening, sambil meneguk Ice Americano, “Ceritakan, darling.” 

Ternyata, agensi yang saya laburkan itu bukan seperti yang saya sangka. Boss agensi tu—Mr. Charming-on-paper— rupanya telah ambil kesempatan dengan KOL lelaki yang muda-muda. Semua lelaki kacak yang saya fikir sedang naik sosial ladder? Dia exploit mereka. Dan paling mengejutkan, ada yang sanggup diperalatkan asalkan dapat lebih job, lebih exposure, lebih peluang. Honestly, some people really take things too far. Macam tak ada agama atau ibu bapa yang perlu dijaga. Malu saya mendengar gossip yang dibawakan oleh kenalan ini. 

Pada awalnya, saya rasa terkejut. Saya laburkan duit untuk empower bakat, bukan untuk menyokong tingkah laku tidak elok. Tapi kata hati seorang Datin X selalu tepat. Saya tahu ada sesuatu yang tak kena. Saya mula perhatikan, ada KOL yang tiba-tiba jadi terlalu friendly dengan boss, terlalu kerap post foto “behind the scenes” yang nampak innocent, tapi sebenarnya… shady. Menyirap darah! 

Dan cerita paling tragis? Seorang KOL lelaki sebenarnya cuba melepaskan diri. Kontrak dia lima tahun, rumah baru, kereta besar, semua dibeli menggunakan duit kontrak. Tapi darling, dia terpaksa gadaikan badan demi boss. Setiap kali dia cuba keluar, boss datang dengan tawaran baru, janji “lebih banyak job, lebih exposure, lebih peluang.” Saya tengok dia dari jauh, tersenyum manis sambil menahan simpati. Sometimes, glamour comes with a heavy price. 

Ada juga yang Datin X beritahu saya, rupanya, Si Boss ini habiskan duit bawa KOL kesayangan dia terbang naik Business Class ke Paris dan Milan. Budak baru nak kenal dunia, apabila diberikan segala yang mewah, pastinya dia akan terima sahaja. Duduk pula  hotel betul-betul depan Menara Eiffel kalah saya! Bukan itu sahaja, duit poket juga datangnya daripada wang pelaburan yang saya berikan. Patutlah apabila mereka ini pulang dengan berbeg-beg mewah seperti Dior, Prada dan Bottega Veneta! Punah ekonomi agensi disebabkan Mr. Boss yang bengap ini! 

Bahagian paling spicy? Salah satu KOL itu ialah anak kawan saya sendiri. Plak! Sekali lagi, gossip menjadi personal. Saya tidak boleh diam. Saya arrange satu “chat” dengan Mr. Bossman. Semua tampak manis, penuh senyuman, shades Gucci tepat pada aura innocent saya. Tapi dalam hati? I was boiling. “Boleh awak explain lagi bagaimana duit saya end up funding… well, inappropriate favors?” 

Reaksi dia priceless. Kadang-kadang orang lupa, dalam circle kita, kenal orang yang betul boleh hancurkan empayar dengan satu panggilan telefon. Mr. Bossman jelas underestimate social web ini. 

Hingga hujung minggu, agensi itu dalam damage control. Staff bisik-bisik, mereka elak pandang mata saya, dan kawan saya tersenyum puas hati. Saya sendiri post satu IG story, menunjukkan jari kuku yang baru dipasang, caption: “Sometimes, karma comes in heels. #CheersToThat”. Subtle sahaja, tidak perlu pecahkan semua di media sosial! 

Kejadian ini mengingatkan saya kenapa selalu kata: “Invest wisely, gossip strategically.” Hidup sebagai Datin bukan hanya soal bergaya atau brunch mewah. Kita kena tahu siapa yang sebenar, siapa yang pura-pura. Dan dalam dunia influencer, kadang-kadang mereka sanggup diperalatkan asalkan boleh naik cepat, dapat sponsorship, dapat collab. Beberapa KOL lelaki sebenarnya terpaksa kompromi diri demi kontrak, rumah, kereta, dan impian yang mereka fikir “tidak boleh dilepaskan”. Kadang saya terpaksa menahan ketawa pahit. Wahai adik-adikku, glamour ada limit, darling, tapi realiti lebih kejam. 

Selepas kejadian itu, saya buat nota: buat homework sebelum labur dalam sesiapa yang janji “quick clout”. Bukan hanya soal return, tapi etika, hormat, dan kurangkan stress. Hidup saya tidak perlukan extra stress. Cukuplah datangnya stress dari bilik baju yang sudah penuh sampai terpaksa sewa satu aparment. Jangan Datuk tahu sudahlah pasal hal ini. 

Kita perlu percaya intuisi sendiri. Gossip di brunch? Kadang ia lebih daripada hiburan. Handle dengan betul, puasnya maksimum. 

Saya juga belajar, dalam dunia influencer, ada yang boleh diperalatkan demi job, dan ada yang tulus bekerja dengan passion. It’s a fine line. Kadang saya terpaksa buat pilihan: siapa yang saya sokong, siapa yang saya tegur. Dan percayalah, being strategic itu sama pentingnya dengan being fabulous. 

Minggu depan, saya sudah kembali ke rooftop restaurant favourite saya, ketawa dengan kawan, borak dengan influencer, dan satu mata masih monitor drama yang unfolding. Hidup sebagai Datin muda bukan untuk yang lemah. Ia flashy, messy, kadang scandalous, tapi darling, itu part yang paling fun. Dan saya? Baru mula sahaja.

Artikel berkaitan: Datin X: Pelakon Cantik Negara Jiran Jadi Datin, Tapi Racist Pula!