Merancang Keluarga Secara Natural

Merancang Keluarga Secara Natural

BICARA KAMAR TPG02379487_MaxGAMBAR TPGIMAGES

 
Kebanyakan daripada wanita bergenerasi muda yang menggunakan perancangan keluarga secara semula jadi (atau Natural Family Planning) bagi mencegah kehamilan berkemungkinan besar tidak melakukannya secara tepat. Demikian adalah penemuan yang membimbangkan, hasil daripada kajian Child Trend tentang bagaimana generasi muda wanita serata dunia menggunakan kaedah perancangan keluarga semulajadi bagi mencegah kehamilan.
 
Berlainan dengan kebanyakan kaedah kawalan kehamilan yang tidak memerlukan pengetahuan untuk mengetahui keberkesanannya (sebagai contoh, seorang wanita itu tidak perlu mengetahui bagaimana IUD mampu berfungsi sebagai kaedah yang paling berkesan untuk mengawal kehamilan), NFP hanya bergantung kepada keupayaan pengguna untuk mengesan kitaran haid, bagi mengenal pasti secara tepat titik kesuburan dan samada untuk berpantang daripada melakukan sebarang hubungan seksual ataupun menggunakan kaedah lain bagi mencegah kelahiran selama tempoh waktu tersebut.
 
Namun dalam kajian ini, beberapa data menarik diekstrak daripada temubual bersama kebanyakkan wanita yang telah menggunakan NFP bagi mencegah kehamilan, dan didapati bahawa, sebahagian besar dikalangan mereka mengecualikan diri daripada seks selama kitaran yang disangkakan titik kesuburan. Ini menunjukkan hanya kira-kira separuh daripada golongan ini mampu mengenal pasti secara tepat waktu kitaran tersebut.
Selaras dengan penyelidikan terdahulu yang dijalankan oleh Child Trends berjaya membuktikan bahawa kira kira satu pertiga daripada remaja yang belum berkahwin mempunyai pengetahuan yang tepat tentang ‘fertility awareness knowledge’ (didefinisi sebagai mengetahui tempoh kesuburan dalam kitaran haid secara tepat dan mampu mengenal pasti tempoh kitaran tersebut secara kasar di antara dua kali haid.
 
Turut membimbangkan apabila dikaji semula, wanita muda yang terlibat dalam kajian ini kesemuanya adalah pengguna NFP – bermaksud golongan ini sememangnya secara aktif memerlukan pengetahuan tentang kesedaran maklumat fertiliti yang tepat bagi mengelakkan kehamilan yang tidak diingini. Secara umumnya, kebanyakkan wanita generasi muda hari ini menyangka mereka mempunyai pengetahuan yang diperlukan untuk mencegah kehamilan yang tidak diingini, namun ternyata ilmu yang disangka mencukupi tidaklah sebanyak mana.
 
Paling utama, apabila kaedah NFP dijalankan dengan sempurna, sistem ini mampu menjadi efektif, kira kira sama keberkesanannya seperti menggunakan kondom atau diafragma bagi mengelakkan kehamilan. Namun begitu, jika digunakan dengan cara yang salah, kaedah ini tidak akan berkesan sama sekali. Jurang pengetahuan ini mungkin sama penting untuk kaum dan etnik minoriti yang mempunyai tahap kesedaran maklumat fertiliti yang rendah serta kadar peratusan yang tinggi dalam ketidakseimbangan kehamilan yang tidak disengajakan. Secara kasar, kira-kira satu per lima wanita serata dunia telah melalui NFP. Ada kemungkinan besar kaedah NFP yang dijalankan adalah tidak tepat, sekaligus menjadi salah satu sebab mengapa separuh daripada kehamilan itu mampu dibendung.
 
Jadi bagaimana golongan muda boleh mempelajari dengan lebih mendalam tentang kesuburan juga NFP? Pembekal perubatan boleh dijadikan sebagai sumber informasi utama bagi populasi ini, namun faktor lain seperti kesuntukan waktu dan peralatan untuk mengupas dengan lebih lanjut tentang kesuburan menjadi punca halangan untuk bersama pesakit yang memerlukan keperluan kontraseptif. Sekolah tinggi juga universiti turut boleh dijadikan sebagai sumber maklumat, tetapi penyelidikan terdahulu Child’s Trend gagal untuk menghubungkaitkan antara penerimaan pendidikan seksual yang mencukupi dapat menyuntik kesedaran tentang ilmu kesuburan yang tepat. Media sosial dan teknologi dapat dijadikan cara untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sekaligus membantu golongan wanita muda NFP secara lebih berkesan. Sebagai contoh, terdapat pelbagai laman sesawang yang tersedia ada serta aplikasi telefon pintar yang menjadikan proses penimbaan ilmu lebih mudah bagi mendalami tentang kesedaran maklumat fertiliti. Misalnya:
 
1. CycleBeads menawarkan tiga produk yang dapat membantu para wanita mengesan kitaran haid secara mudah: perkhidmatan dalam talian, aplikasi telefon pintar serta bantuan manik visual (setiap manik mewakili hari dalam tempoh kitaran haid wanita dan setiap rona mewakili tahap kesuburan yang berlainan). Alat ini turut boleh digunakan sebagai pencegah kehamilan atau perancangan keluarga dengan menggunakan pengesan NFP.
 
2. Period Tracker adalah satu aplikasi ringkas telefon pintar yang mampu menganggar waktu kesuburan pengguna berdasarkan kepada purata tempoh tiga kitaran menstruasi terakhir (setiap pengguna hanya perlu menekan satu butang pada aplikasi tersebut apabila bermulanya kitaran haid). Lebih baik, aplikasi ini boleh dimuat naik secara percuma!
 
Tentu saja, cara yang terbaik untuk mengelak kehamilan yang tidak diingini adalah dengan mengecualikan diri dari melakukan seks sama sekali ataupun dengan menggunakan satu bentuk kawalan kelahiran yang lebih berkesan (seperti kaedah hormonal atau IUD). Akan tetapi, bagi para wanita yang bergantung sepenuhnya kepada kaedah kawalan kelahiran NFP, mencegah kehamilan yang tidak diingini adalah satu perkara yang memerlukan pengetahuan yang meluas dan tepat tentang fertiliti. Sebagai langkah berjaga-jaga, buat para wanita yang bakal melangkah ke dunia perkahwinan, perbanyakkanlah membaca atau berjumpa dengan pakar kesihatan bagi mengetahui lebih lanjut.
 
3 CARA MERANCAKKAN KESUBURAN
 
Pemakanan Sempurna
Pastikan pemakanan meliputi protein, zat besi, zink, serta vitamin C mencukupi kerana kekurangan sumber nutrien ini sering dikaitkan dengan kitaran menstruasi yang berlanjutan serta risiko keguguran yang tinggi.
 
Awasi Berat Badan
Lemak badan berlebihan boleh mengakibatkan pengeluaran hormon berganda yang akan mengganggu proses ovulasi. Ekoran itu, kitaran haid bakal terbantut, lantas mengurangkan peluang hamil. Jika lemak badan terlalu sedikit pula, badan mungkin tidak akan menghasilkan hormon yang mencukupi untuk ovulasi setiap bulan. Praktikkan senaman bagi membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Just don’t over do it!
 
Berhenti Merokok
Toksin rokok tidak hanya merosakkan telur wanita, menjejaskan proses penyuburan dan implantasi, malah turut mengakibatkan penuaan ovari. Ia menyebabkan kerosakkan kekal pada fertiliti wanita, tetapi sekiranya berjaya berhenti merokok, anda bakal mendapat kembali sebahagian fungsi ovari anda.
 
 

See also
Erti Romantik Di Sebalik Rona Pilihan Batu Permata DeGem