Related Stories
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Jauhi telefon sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur, jadikan rutin penjagaan kulit sebagai terapi diri, cipta suasana bilik yang lebih mendamaikan, nikmati minuman yang menenangkan, luangkan masa untuk regangan ringan, elakkan hidangan berat dan kekalkan waktu tidur yang konsisten adalah ritual malam yang patut anda amalkan untuk dapatkan tidur yang lena.
Tidur yang berkualiti bukan hanya bergantung kepada tempoh anda melelapkan mata, tetapi juga rutin yang diamalkan sebelum beradu. Gaya hidup yang semakin sibuk, pendedahan berpanjangan kepada skrin serta tekanan daripada tuntutan kerjaya dan kehidupan seharian sering menjadi antara faktor utama yang menyebabkan ramai sukar mendapatkan tidur yang benar-benar lena. Akibatnya, jika tubuh anda tidak memperoleh rehat yang mencukupi, sekali gus menjejaskan tahap tenaga, fokus dan kesihatan secara keseluruhan pada jangka tempoh yang lama. Mewujudkan ritual malam yang konsisten bukan sahaja membantu menenangkan minda selepas seharian yang padat, malah memberi isyarat kepada tubuh bahawa sudah tiba masanya untuk berehat. Daripada mengehadkan penggunaan telefon pintar sehinggalah meluangkan masa untuk rutin penjagaan diri, setiap langkah kecil mampu memberikan impak besar terhadap kualiti tidur anda. GLAM kongsikan beberapa ritual malam yang wajar dijadikan amalan untuk membantu anda menikmati tidur yang lebih lena setiap malam!
Ini Ritual Malam Demi Tidur Yang Berkualiti!
1. Jauhi telefon sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur

Meneliti skrin telefon bimbit seperti melihat media sosial sehingga lewat malam mungkin kelihatan seperti aktiviti yang menenangkan, namun cahaya biru daripada skrin telefon boleh mengganggu penghasilan hormon melatonin yang berfungsi mengawal kitaran tidur. Sebaliknya, anda boleh cuba letakkan telefon jauh daripada katil dan gunakan masa tersebut untuk membaca buku, menulis jurnal atau sekadar berehat tanpa gangguan notifikasi. Langkah ini memberi ruang kepada mata dan minda anda untuk berehat, sekali gus memudahkan anda menikmati tidur yang lebih lena.
2. Jadikan rutin penjagaan kulit sebagai terapi diri

Rutin penjagaan kulit pada waktu malam bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan kulit, malah boleh menjadi satu bentuk penjagaan diri yang membantu menenangkan fikiran. Dengan meluangkan masa membersihkan wajah, memakai serum dan pelembap sambil menikmati detik tenang tanpa tergesa-gesa, anda memberi isyarat kepada tubuh bahawa hari sudah berakhir dan masa untuk berehat telah tiba. Secara tidak langsung, ritual kecil ini membantu minda menjadi lebih tenang, sekali gus memudahkan anda untuk memasuki fasa tidur dengan lebih lena dan berkualiti.
3. Cipta suasana bilik yang lebih mendamaikan

Persekitaran bilik anda turut memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti tidur. Anda boleh pastikan bilik berada pada suhu yang selesa, lampu malap serta bebas daripada bunyi yang mengganggu fokus anda. Anda juga boleh menambah sentuhan menenangkan seperti lilin beraroma atau diffuser dengan haruman lavender dan chamomile untuk mewujudkan suasana yang lebih damai. Lantas, langkah ini membantu mewujudkan suasana tidur yang lebih tenang dan kondusif, sekali gus memudahkan anda untuk melelapkan mata dengan lebih cepat.
4. Nikmati minuman yang menenangkan

Daripada menikmati secangkir kopi atau minuman berkafein pada waktu malam, anda boleh pilih minuman yang lebih menenangkan seperti teh chamomile atau susu suam. Minuman ini membantu tubuh anda berasa lebih relaks sekali gus memudahkan anda untuk tidur dengan lebih cepat. Selain itu, dengan menikmati minuman hangat dalam suasana yang tenang, anda bukan sahaja menenangkan sistem saraf, malah membantu mengurangkan ketegangan selepas seharian yang padat, menjadikan proses untuk melelapkan mata lebih semula jadi dan menyenangkan.
5. Luangkan masa untuk regangan ringan

Anda tidak perlu melakukan senaman intensif sebelum tidur. Beberapa gerakan regangan ringan atau yoga selama lima hingga sepuluh minit sudah memadai untuk mengurangkan ketegangan otot selepas seharian bekerja. Tubuh yang lebih relaks juga boleh membantu anda memasuki fasa tidur dengan lebih mudah. Selain membantu melonggarkan otot yang tegang, rutin ini turut menenangkan pernafasan dan memperlahankan degupan jantung, sekali gus memberi isyarat kepada tubuh bahawa ia sudah bersedia untuk berehat. Jika diamalkan secara konsisten, ia bukan sahaja meningkatkan kualiti tidur, malah membantu anda bangun dengan tubuh yang lebih segar dan bertenaga pada keesokan harinya.
6. Elakkan hidangan berat sebelum tidur

Makan dalam kuantiti yang banyak atau menikmati makanan pedas sebelum tidur boleh menyebabkan ketidakselesaan pada sistem pencernaan. Lantas, ia boleh mengganggu waktu rehat anda. Sebaiknya, anda boleh ambil makan malam sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum tidur agar tubuh mempunyai masa untuk menghadam makanan dengan lebih baik.
7. Kekalkan waktu tidur yang konsisten

Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari dapat membantu tubuh anda membentuk jam biologinya sendiri. Walaupun pada hujung minggu, cuba elakkan tidur terlalu lewat kerana perubahan waktu yang ketara boleh menyebabkan anda sukar untuk kembali kepada rutin asal. Apabila jadual tidur anda menjadi lebih konsisten, tubuh akan lebih mudah mengenali kitaran rehatnya, sekali gus membantu anda untuk tertidur dengan lebih cepat dan bangun dalam keadaan yang lebih segar. Dalam jangka masa panjang, amalan ini bukan sahaja meningkatkan kualiti tidur, malah menyokong tahap tenaga, fokus dan kesejahteraan harian anda secara keseluruhan.
Artikel berkaitan: Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yang Anda Cari
Artikel Berkaitan
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Gadis Ini Melawan Penyakit Kanser Melalui Solekan
Tidak Rasa Tergugat- Tiz Zaqyah Percaya Kemantapan Lakonan M...
Speedcat Serta Apa Lagi Gaya Berani Rosé?
GLAM SEPTEMBER 2016
Kaia Gerber Ulas Pengalaman Bercinta Dengan Lelaki Berusia K...
Beyoncé Menampilkan Girl Squad Baru Untuk Kempen Ivy Park
Sesi Pengalaman Cantik GLAM Beauty Club X Sephora Bersama Um...
8 Gaya Moden Ala Eva Chen,@evachen212 Patut Cuba
Ini Senarai Pemenang Anugerah MTV VMA 2025
Panduan Memilih Beg Kerja Sempurna untuk Semua Jenis Tubuh
Spektrum Pelangi
GLAM DEKO Edisi 38 – Disember/Januari 2016
Nikmati Percutian Gaya VIP! Ini 10 Sleeper Train Mewah Palin...
Cover Story: Rizalman Ibrahim – GLAM Lelaki Jun 2015
Gelagat Boling Mariah Carey & Teman Lelakinya!
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
