fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Melancong ke Switzerland? Ini 5 Destinasi Percutian Wajib Lawati di Graubunden, Switzerland
Amelia Henderson Hidupkan Watak Sheila dalam Blood Brothers
Ini 8 Kereta Api Mewah Untuk Menikmati Keindahan Benua Asia
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
Kulit Majalah Vogue Kamala Harris Cetus Kontroversi
Home > Gaya Hidup > Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!

Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!

Kenali Elle Woods sebelum bergelar peguam ikonik. Saksikan siri prekuel ‘Elle’ terbitan Reese Witherspoon eksklusif di Prime Video 1 Julai ini!  

Siapa sahaja yang boleh lupakan penangan kot merah jambu, keyakinan tinggi, dan gaya ikonik Elle Woods dalam filem Legally Blonde? Selepas hampir 25 tahun watak ini mencuri hati peminat fesyen dan filem seluruh dunia, satu berita gembira bakal membuatkan hari anda bertukar menjadi serba pink!

Prime Video secara rasminya mengumumkan siri prekuel yang amat dinantikan, Elle, bakal menemui penonton secara eksklusif bermula 1 Julai di lebih 240 buah negara. Menariknya lagi, walaupun musim pertama belum pun ditayangkan, siri terbitan Hello Sunshine dan Amazon MGM Studios ini sudah pun diperbaharui untuk Musim Kedua

Mengimbas Kembali Zaman Sekolah Elle Woods

Siri bergenre coming-of-age ini bakal membawa kita menyelami era sekolah menengah Elle Woods. Kita akan menyaksikan bagaimana fasa remaja dan pengalaman hidup membentuk dirinya menjadi seorang wanita ikonik yang kita kenali dan sayangi.

“Menemui bakat Lexi Minetree dan melihat dia menyarung kasut fabulon Elle merupakan antara pengalaman paling bermakna dalam kerjaya saya,” ulas Reese Witherspoon yang bertindak sebagai Penerbit Eksekutif. Siri ini mengekalkan elemen kebaikan, keaslian diri, dan keyakinan tinggi yang pasti menyentuh hati penonton lama mahupun generasi baharu.

Barisan Kreatif & Pelakon Hebat 

Bercakap tentang barisan pelakon, watak utama Elle Woods remaja akan digalas oleh Lexi Minetree. Siri ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti June Diane Raphael sebagai Eva, Tom Everett Scott sebagai Wyatt, serta dibantu oleh Gabrielle Policano, Jacob Moskovitz, Chandler Kinney, dan Zac Looker. Dari sudut kreatif pula, siri ini dicipta oleh Laura Kittrell yang terkenal dengan naskhah Insecure, dan beliau juga menggalas tanggungjawab sebagai co-showrunner bersama Caroline Dries. Lebih menarik lagi, dua episod awal musim pertama telah diarahkan oleh pengarah filem Pitch Perfect, Jason Moore, yang turut bertindak sebagai penerbit eksekutif. Bersedialah dengan busana merah jambu terbaik anda dan saksikan transformasi penuh glamor Elle Woods di Prime Video pada 1 Julai ini.