fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Godaan Boy.Friend Dari Chanel
Sorotan Fesyen Ariana Grande Di Jelajah Media ‘Wicked: For Good’
GLAM FIRST: COACH Fall 2022
10 Detik Fesyen Terbaik Marilyn Monroe Sepanjang Zaman
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Home > Fesyen > Levi’s® x Sky High Farm Goods Satukan Gaya Workwear Dengan Misi Kelestarian

Levi’s® x Sky High Farm Goods Satukan Gaya Workwear Dengan Misi Kelestarian

Koleksi kolaborasi antara Levi’s® x Sky High Farm Goods membuktikan bahawa fesyen boleh menjadi medium untuk menyokong komuniti, pertanian regeneratif dan masa depan yang lebih lestari.

Levi’s® memperkenalkan kolaborasi terbaharunya bersama Sky Farm Goods (SHFG), satu jenama yang lahir daripada inisiatif sosial berteraskan pertanian regeneratif dan keadilan makanan. Koleksi ini menggabungkan warisan denim ikonik Levi’s® dengan gaya utilitari SHFG, sekali gus meraikan nilai kerja keras, semangat komuniti dan kepercayaan bahawa pakaian mampu membawa perubahan positif yang memberi manfaat kepada komuniti.

Diasaskan oleh artis Dan Colen dan Daphne Seybold pada tahun 2022, Sky High Farm Goods diwujudkan bagi menyokong organisasi bukan berasaskan keuntungan Sky High Farm di Lembah Hudson, New York. Organisasi tersebut mengamalkan pertanian regeneratif untuk menghasilkan makanan berkhasiat, memulihkan kesihatan tanah serta memperluaskan akses kepada makanan segar untuk komuniti yang memerlukan.

Menerusi kolaborasi ini, kedua-dua jenama berkongsi visi yang sama dalam menghasilkan koleksi yang bukan sahaja praktikal, malah mempunyai impak sosial. Setiap helaian diperbuat daripada kapas organik dan kapas peralihan, sekali gus mencerminkan komitmen terhadap amalan pengeluaran yang lebih bertanggungjawab dan rantaian bekalan yang lestari.

Koleksi kapsul yang merangkumi lapan rekaan ini menampilkan interpretasi baharu pakaian kerja klasik menerusi gabungan identiti Levi’s® dan Sky High Farm Goods. Antara rekaan utama termasuk seluar jean longgar, jaket Zip Trucker Type III, kot kerja, rompi utilitari, kemeja-T berpoket, seluar pendek, overall double-knee serta aksesori tote berkebun. Setiap helaian turut dihiasi pelbagai perincian eksklusif seperti L-Tab Levi’s® yang digabungkan dengan logo Cloud S SHFG, jahitan tiga lapis, butang logam khas, tampalan jacron eksklusif dan sulaman ikonik Strawberry Moon. Walaupun direka sebagai koleksi uniseks, ia turut menawarkan pilihan khusus untuk wanita menerusi kemeja-T ringer klasik dan seluar jean berkaki lurus yang menampilkan siluet lebih feminin.

Kempen Levi’s® x Sky High Farm Goods diarahkan oleh Ben Solomon dengan fotografi oleh Ilya Lipkin. Mengambil lokasi di Bond Street, New York, visual kempen ini membawa elemen perladangan ke tengah-tengah kota bagi menggambarkan hubungan yang sering terlepas pandang antara petani, makanan dan kehidupan urban. Bersempena pelancarannya, Levi’s® turut menganjurkan sebuah pasar tani di Bond Street, New York yang menghimpunkan petani tempatan, perusahaan makanan serta organisasi keadilan sosial sebagai usaha menyokong sistem makanan yang lebih adil dan mampan.

Artikel berkaitan: Tirai KLFW 2026 Kembali Dibuka!