fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Libur – Kembara Eksplorasi Pulau Metropolis
Pilihan Menyegar Kediaman
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
Dari Fesyen ke Hiasan Dalaman (Perabot)
Erti Romantik Di Sebalik Rona Pilihan Batu Permata DeGem
Home > GLAM Plus > Audemars Piguet Buka Butik Konsep Baru di Kuala Lumpur

Audemars Piguet Buka Butik Konsep Baru di Kuala Lumpur

Alami pengalaman shopping jam tangan mewah serba baharu di butik Audemars Piguet, The Starhill. Gabungan seni bina semula jadi dan inovasi moden! 

Jenama jam tangan mewah dari Switzerland, Audemars Piguet, secara rasminya membawakan ruang butik berkonsepkan gaya hidup baharu mereka yang memukau di The Starhill, Bukit Bintang. Dengan keluasan 425 meter persegi yang merentasi dua tingkat, butik duplex ini menjadi lokasi ketiga di dunia yang menampilkan konsep global terbaharu ini selepas Chengdu dan Ho Chi Minh City.

Estetika Nature & Haute Horlogerie

Pereka seni bina terkenal, Vincenzo De Cotiis Architects, dengan kerjasama pasukan arkitek dalaman Audemars Piguet, berjaya merealisasikan keindahan landskap semula jadi Vallée de Joux kampung halaman jenama ini ke dalam suasana moden.

Sebaik melangkah masuk, tetamu disambut dengan gabungan tekstur kontras liquid metal, batuan legap, kaca frosted, serta kemasan kayu halus yang membiaskan suasana mesra dan intim. Antara elemen rekaan paling mencuri tumpuan ialah arca jam tangan tergantung yang dibentuk daripada ratusan komponen jam, serta struktur pokok logam kontemporari yang menyokong kes kristal tempat jam tangan dipamerkan. Bagi melengkapkan pengalaman shopping yang lebih privasi dan eksklusif, aras atas dilengkapi private lounge buat para pengumpul dan pecinta jam tangan berbincang dengan lebih selesa.

Bukan sekadar gah dari segi reka bentuk, butik baharu ini turut dibina atas prinsip kelestarian hijau. Audemars Piguet menyasarkan pensijilan LEED  Gold atau Platinum dengan memfokuskan penggunaan bahan mesra alam, penjimatan tenaga, serta sistem pencahayaan yang cekap.

Pengalaman Interaktif di The Starhill Piazza

Bersempena pembukaan butik ini, sebuah instalasi khas telah dibawakan di The Starhill Piazza dari 13 hingga 26 Julai 2026. Pengunjung berpeluang melihat sendiri warisan pembuatan jam tradisional Le Brassus serta barangan terbaharu novelties tahun ini. Ikonik, elegan, dan sarat dengan warisan seni butik Audemars Piguet di The Starhill pasti menjadi destinasi teras wajib singgah buat pecinta fesyen mewah tempatan.

Artikel berkaitan: Ulang Tahun Ke-50, Patek Philippe Menggegarkan Watches and Wonders 2026