Orang Ketiga Punca Mahligai Bahagia Dibina Musnah
Salma Hayek Dedah Pengalaman Hampir Maut Akibat Covid-19
Tips Berpuasa 30 Hari Dengan Selamat
Alami Pengalaman Bak Lady Gaga Di Villa Balbiano Daripada House of Gucci
Baru Umum Percintaan, Kekasih Song Joong Ki Didakwa Telah Hamil?
Home > Gaya Hidup > Minat Agent Kim Reactivated? Ini 7 K-Drama Aksi Yang Tak Kurang Hebat

Minat Agent Kim Reactivated? Ini 7 K-Drama Aksi Yang Tak Kurang Hebat

Agent Kim Reactivated kini menjadi antara K-drama aksi yang hangat diperkatakan. Jika anda menggemari aksi mendebarkan, plot twist yang tidak dijangka dan jalan cerita penuh aksi seperti siri ini, berikut tujuh K-drama lain yang wajib ditonton.

Genre aksi dalam K-drama semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton. Antara judul yang sedang hangat diperkatakan ketika ini ialah Agent Kim Reactivated, yang mengisahkan seorang bekas ejen perisikan Korea Utara yang meninggalkan kehidupan berbahaya demi membesarkan anaknya. Namun, masa silamnya kembali menghantui apabila dia terpaksa berdepan ancaman baharu. Oleh itu, berikut adalah tujuh K-drama pasti mampu memberikan pengalaman tontonan yang sama mendebarkan.

1. Taxi Driver

Mengisahkan tentang Rainbow Taxi, sebuah organisasi rahsia yang menawarkan khidmat membalas dendam kepada mangsa yang gagal mendapat keadilan daripada sistem perundangan. Setiap misi dipenuhi aksi mendebarkan dan mesej sosial yang membuka mata.

2. Mercy For None

Salah satu series lakonan hebat dari So Ji Sub, setelah 11 tahun hidup dengan keamanan dan meninggalkan dunia gelap. Bekas gangster elit ini kembali ke dunia gelap demi membalas dendam atas kematian adiknya terpaksa menghadapi perang brutal antara dua kelompok mafia besar, Jowoon dan Bongsan. Sebuah drama series yang penuh dengan aksi dan thrill ride yang membuatkan anda tidak mahu mengalihkan pemandangan walaupun satu saat.

3. Bloodhounds 2

Musim kedua menyaksikan dua peninju berbakat kembali berganding bahu selepas kejayaan musim pertama. Kali ini mereka berdepan sindiket baharu yang lebih berbahaya, termasuk liga pertarungan haram yang menawarkan ganjaran lumayan. Persahabatan, pengorbanan dan aksi tanpa henti menjadi kekuatan utama drama ini.

4. D.P

Satu drama series yang membuka mata penonton terhadap sisi gelap perkhidmatan ketenteraan Korea Selatan. Mengisahkan seorang anggota unit khas yang ditugaskan menjejaki askar yang melarikan diri. Selain iut, D.P. turut mengetengahkan isu buli, penderaan dan tekanan mental yang dialami oleh anggota tentera.

5. Vincenzo

Mengisahkan Vincenzo Cassano, seorang lelaki yang diambil oleh ketua mafia Itali sebagai anak angkat dan juga seorang peguam dan penasihat bagi kumpulan mafia itu. Kisahnya di Korea bermula apabila Vincenzo berpindah semula ke Korea setelah kematian bapanya dan ingin mencari emas yang di sembunyikan di bangunan lama di Seoul, Koreal.

6. Vagabond

Selepas anak saudaranya terkorban dalam nahas kapal terbang, seorang lagak ngeri, Cha Dal-Gun mula menyiasat kejadian tersebut dan menemui konspirasi besar yang melibatkan kerajaan serta organisasi rahsia. Bagi merungkai kospirasi ini Dal-Gun mula berkolaborasi bersama Hae-ri, seorang agen perisikan yang berkhidmat untuk National Intelligence Service (NIS).

7. A Shop For Killer 2

Selepas kematian mengejut bapa saudaranya, Jung Ji-an mewarisi sebuah kedai yang kelihatan biasa. Namun, dia kemudian mengetahui bahawa kedai tersebut sebenarnya menjual senjata kepada pembunuh upahan profesional. Demi terus hidup, Ji-an perlu menggunakan segala kemahiran yang diajar oleh bapa saudaranya untuk mempertahankan diri daripada pembunuh yang memburunya.

Artikel berkaitan: Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda