fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Paris Hilton Dedah Kebenaran Mengenai Baju ‘Stop Being Poor’ Yang Disarungnya
“Kami Bebaskan Satu Sama Lain” – Perkahwinan Jason Momoa & Lisa Bonet Berakhir
Bawa Pulang Emas Dalam Sea Games 2025, Kenali Pearly & Thinaah
Iya, Palet Rasanya Sebegitu Hebat
Dua Lipa dan Permaisuri Camilla Bertemu di Majlis Booker Prize
Home > Gaya Hidup > Anom Suraya Sudah Di Kaca TV, Dan Cadangan Adaptasi Novel Lain!

Anom Suraya Sudah Di Kaca TV, Dan Cadangan Adaptasi Novel Lain!

Daripada Off Campus hingga Scarpetta, ini siri TV adaptasi novel yang wajib dimasukkan dalam senarai tontonan para ulat buku dan fanatik-TV!

Dunia penerbitan kini tidak lagi berakhir apabila pembaca menutup helaian terakhir sesebuah novel. Sebaliknya, kisah-kisah yang pernah hidup di dalam imaginasi kini diberi nafas baharu menerusi platform penstriman. Adaptasi novel kepada siri televisyen bukan lagi sesuatu yang asing, malah menjadi antara formula paling berjaya dalam industri hiburan hari ini.

Fenomena ini menyaksikan karya sastera daripada pelbagai genre, sama ada romantik, misteri, thriller mahupun fantasi diterjemahkan ke layar dengan skala produksi yang lebih besar. Bukan sahaja ia memberi peluang kepada peminat buku melihat watak kegemaran mereka menjadi nyata, malah berjaya memperkenalkan karya tersebut kepada penonton baharu yang mungkin tidak pernah membaca novel asal.

Anom Suraya, TV3

Novel yang pernah popular ketika pertama kali dikeluarkan karya Dr. Samsiah Mohd Nor yang bertajuk Anom Suraya kini telah dihidupkan dalam satu drama siri. Kisah tentang Anom yang hijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pembantu rumah. menjaga Bakhtiar dan adik lelakinya, Badrol yang berhadapan dengan kesihatan mental. Ada bibit cinta terbina antara Anom dengan Bakhtiar dan dalam senyap pula Badrol turut menaruh sayangnya kepada Anom.

Off Campus, Prime Video

Siri TV adaptasi novel

Novel siri karya Elle Kennedy membawa kisah romantik berlatarbelakangkan kehidupan pelajar universiti yang penuh dengan persahabatan, percintaan dan cabaran menuju alam dewasa. Kisah cinta hangat antara Hannah Wells, pelajar jurusan muzik dan Garrett Graham, atlet di Briar University. Ia mengenangahkan idea “opposites attract” yang membuatkan setiap momen itu nampak lebih romantik dan memukau hati. Siri yang ditayangkan di Prime Video menjadi makin popular kerana ia tular dalam sosial media seperti Tik Tok.

Every Year After, Prime Video

Adaptasi televisyen novel terbaik Every Summer After karya Carley Fortune melahirkan siri Every Year After yang ditayakankan di Prime Video. Siri romantik ini mengisahkan Percy Fraser yang kembali ke Barry’s Bay selepas sedekad meninggalkan kota kecil itu susulan satu tragedi. Kepulangannya mempertemukan semula dia dengan Sam Florek, sahabat zaman kanak-kanak yang juga cinta pertamanya. Melalui penceritaan yang bergerak antara masa lalu dan masa kini, penonton dibawa menyelusuri enam musim panas yang membentuk hubungan mereke. Kini tiba dengan peluang kedua, adakah cinta mampu kembali bertaut?

Scarpetta, Prime Video

Novel thriller forensik tulisan Patricia Cornwell yang dikeluarkan pada 2008 akhirnya menerima adaptasi televisyen menerusi Scarpetta. Siri ini mengangkat watak Dr. Kay Scarpetta lakonan Nicole Kidman, seorang pakar patologi forensik yang menyiasat pelbagai kes jenayah kompleks. Dengan jalan cerita yang mendebarkan dan elemen penyiasatan yang teliti, ia dijangka menarik perhatian peminat drama jenayah.

Heartstopper Forever, Netflix

Siri TV adaptasi novel

Heartstopper Forever yang ditulis oleh Alice Osemann menjadi penutup kisah Nick dan Charlie apabila mereka berdepan cabaran terbesar dalam hubungan, iaitu percintaan jarak jauh selepas Nick melanjutkan pengajian ke universiti. Dalam masa sama, rakan-rakan mereka turut melalui perubahan hidup, cinta dan persahabatan, menjadikan filem ini sebuah penamat yang menyentuh hati tentang membesar, kenangan dan erti cinta sejati. Novel grafik karya Osemann siri ke-enam ini sudah mula terjual sebelum filem buat Netflix ini bakal diudarakan pada Julai nanti.

Artikel Berkaitan: Deretan Filem Terbaru Yang Menghidupkan Layar Perak Julai Ini