Walaupun baru sebulan menjalin percintaan, Tyga nekad membuktikan bahawa cintanya terhadap Avril Lavigne tidak berbelah bagi.
Minggu lalu Tyga menghadiahkan seutas kalung berlian bernilai RM359,000 yang ditempah khas kepada pelantun lagu Complicated yang kini bergelar teman wanitanya, Avril.
Pereka barang kemas selebriti yang berpangkalan di New York, Eric Mavani mengesahkan kepada portal TMZ bahawa kalung itu menampilkan batu nilam merah jambu, berlian putih dan berlian hitam 50 karat. Ia memaparkan nama pertama penyanyi berusia 38 tahun itu. Ia disertakan sepasang huruf ‘A’ di atas bentuk hati dan imej tengkorak yang dihiasi reben berwarna merah jambu.

Foto: Instagram

Foto: Page Sic
Eric berkongsi sebuah video mengenai kalung istimewa itu di akaun Instagram miliknya dengan mesej ringkas, “New Piece Made For The Legend @avrillavigne.” Avril dilaporkan menyukai kalung itu dan dilihat menggayakannya di Los Angeles baru-baru ini. Dia turut merakam swafoto dan berkongsinya bersama peminat di media sosial.
Tyga atay nama sebenarnya Micheal Ray Stevenson dikhabarkan menempah kalung istimewa itu daripada Eric tiga minggu lalu. Ia tidak lama selepas jurucakap Avril mengesahkan kepada pihak media bahawa penyanyi itu telah memutuskan pertunangannya dengan Mod Sun.

Foto: Getty Images
Jurucakap Mod pula berkata, perpisahan itu adalah satu kejutan buat penyanyi itu. “Mereka masih bergelar tunangan tiga hari lalu ketika Mod Sun memulakan konsert jelajahnya. Jadi jika ada apa-apa perubahan pada status perhubungan mereka, ini adalah satu berita buat Mod.”
Tyga dan Avril mengesahkan percintaan mereka pada 6 Mac lalu dengan berjalan berkucup mesra sewaktu menghadiri party Mugler x Hunter Schafer pada Minggu Fesyen Paris. Kelibat pasangan itu dirakam buat kali pertama pada 20 Februari lalu. Ketika itu mereka dilihat berpelukan sebelum meninggalkan sebuah restoran menaiki kereta milik Tyga.

Foto: Backgrid

Foto: Backgrid
Foto: Getty Images
Baca: Aksi Mesra Kendall Jenner & Kekasih Baru Berjaya Dirakam Paparazi
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
