Pameran Makers of Tomorrow Volvo Car Malaysia Kini di Bangsar Shopping Center
Kenali Beam, Pelakon Utama Siri ‘Thai Cave Rescue’ , Terbaru Di Netflix
“Ketika saya baharu bermula, saya tidak mempunyai sesiapa yang mempunyai karier muzik yang boleh saya jadikan rujukan. ‘Who do I refer to?’”- Yuna dalam Coach Conversations
20 Filem dan Drama Siri Untuk Anda Binge Watch Hujung Minggu Ini!
GLAM Profil: #SokongLokal
Home > Gaya Hidup > 4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi

4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi

Alunan muzik Jazz dan juga dekorasi klasik yang nostalgik, kini menjadi pilihan dalam kalangan Gen Z. Berikut empat kafe dengan konsep Jazz di Klang Valley yang anda patut tahu! 

Suasana kafe tidak lagi sekadar tempat minum kopi, namun menjadi ruang untuk berehat seketika dari hiruk-pikuk kota. Demikian itu, dengan perkembangan coffee scene di Malaysia, konsep yang berinspirasikan jazz semakin mendapat perhatian para pencinta kopi dan muzik.

4 Kafe Berkonsep Jazz Di Klang Valley Yang Anda Patut Terokai!

1. Monk (Modern Jazz Corner) SS15

Hidden Gem terbaharu yang terletak di SS15 Subang Jaya, Monk Cafe ini menawarkan pengalaman kafe intim dengan sentuhan elemen jazz. Ruangan cozy yang dilengkapi bersama 200 koleksi piring hitam yang dimainkan diatas turntable, diperindahkan dengan alunan Thelonious Monk turut menjadi inspirasi buat nama kafe ini. Selain itu, Japanese jazz kissaten yang membawa suasana tenang dan soulful turut menjadi inspirasi dalam pembinaan ruang di Monk.

Alamat:  41C, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: @monk_41c

2. Eternyl Vinyl Cafe, Sea Park Petaling Jaya

“Simfoni rasa dalam setiap cawan” menjadi konsep Eternyl Vinyl Cafe yang terletak di Sea Park, Petaling Jaya. Berbeza daripada kafe lain, Eternyl Vinyl menawarkan pengalaman mendengar muzik yang lebih peribadi dan imersif. Setiap meja dilengkapi dengan vinyl player dan pelanggan diberi masa sebanyak 90 minit untuk mendengarkan alunan muzik daripada piring hitam pilihan mereka bagi pengalaman yang lebih bermakna, dan tempahan awal adalah diwajibkan.

Alamat:  7, Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: @eternylvinyl

3. Latibule Coffee, Ara Damansara

Tersembunyi di dalam kawasan kejiranan yang tenang di Ara Damansara, konsep Latibule Coffee ini menggabungkan budaya Japanese kissaten dan Taiwan coffee bars. Menawarkan suasana kafe yang hangat, intim dan diiringi pula dengan alunan muzik jazz, ia sesuai bagi mereka yang menyukai ketenangan sambil menghirup secawan kopi.

Alamat:  21-1, Jalan PJU 1a/20a, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: @latibule.coffee

4. Peupeu Cafe, Tres Hotel Kuala Lumpur

Kafe ini mengangkat tema 70-an dan tampak seperti di dalam filem set retro atau dikenali sebagai Wes Anderson kafe. Yang menarik, kafe yang berada di dalam The Très Hotel Kuala Lumpur ini menawarkan pengalaman suasana jazz mewah dengan estetika retro. Dekorasi yang bertemakan ton warna hangat dan perabot klasik yang menambahkan lagi aura cinematic dan retro yang sesuai untuk chill hangout bersama rakan-rakan atau coffee date di samping yang tersayang.

Alamat: 50, Jalan 2/87g, Taman Seputeh, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Instagram: @peupeuattres

Artikel berkaitan: Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!