fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Zendaya & Tom Holland: Cinta Sejati Atau Taktik Promosi Filem?
Henry Golding & Liv Lo Berkongsi Foto Anak Sulung
Ernie Zakri Tampil Dengan Album Aura
Tragis! Pelakon Korea Popular Song Jae Rim Meninggal Dunia
Buffet Ramadan Terbaik Sekitar Lembah Klang 2026 Untuk Pengalaman Berbuka Paling Eksklusif
Home > Gaya Hidup > Air Mata Gembira, Nelydia Senrose Bakal Timang Cahaya Mata Sulung Lelaki!

Air Mata Gembira, Nelydia Senrose Bakal Timang Cahaya Mata Sulung Lelaki!

Detik penuh emosi! Nelydia Senrose dan suami bakal timang cahaya mata sulung lelaki. Intip foto eksklusif sekitar majlis gender reveal mereka yang meriah.  

Pelakon jelita, Nelydia Senrose, sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila tampil memukau dan penuh seri pada majlis baby shower dan gender reveal yang diadakan baru-baru ini. Majlis yang berlangsung dalam suasana eksklusif itu dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat bagi meraikan fasa indah kehidupan pelakon drama Setia Hujung Nyawa ini.

Mengangkat tema “A little HoneyBee is on the way…”, ruang acara dihiasi indah dengan elemen lebah yang comel, dikelilingi susunan bunga-bungaan segar berona merah jambu, kuning, dan biru. Kehadiran para tetamu yang rata-ratanya mengenakan busana berona putih turut menambah kehangatan dan kemeriahan majlis tersebut.

Seri Ibu Mengandung & Detik Gender Reveal

Apa yang paling menarik perhatian sudah semestinya penampilan Nelydia sendiri. Nelydia tampil berani dan menawan dalam persalinan gaun longgar berwarna merah maroon yang sangat elegant. Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid. Penampilannya kelihatan sangat serasi dan romantik di samping suami tercinta, yang turut sedondon mengenakan kemeja berwarna merah. Wajah Nelydia kelihatan begitu fresh dan sarat dengan aura pregnancy glow yang memukau.

Puncak majlis bertukar hiba dan penuh emosi sebaik sahaja letupan konfeti biru dilepaskan, menandakan pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung lelaki! Nelydia tidak dapat menahan rasa sebak lalu mengalirkan air mata kegembiraan sambil dipeluk erat oleh suami dan ahli keluarga yang lain, termasuk kakaknya, Uqasha Senrose.

Aktiviti Menarik Buat Tetamu

Majlis tidak sekadar menjadi tempat berkumpul, malah para tetamu dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Antara yang menarik perhatian adalah Baby Keepsake Station, di mana tetamu boleh mencetak ucapan atau rekaan khas pada pakaian bayi sebagai kenang-kenangan buat bakal anak sulung pasangan ini. Tetamu juga dijemput meneka jantina bayi menggunakan pelekat khas sebelum acara bermula.

Nelydia menerusi hantaran ringkas di media sosial menzahirkan rasa syukur atas doa orang ramai. Dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan mendoakan kesejahteraan dirinya serta bayi dalam kandungan. 

Artikel berkaitan: Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu