Related Stories
Penantian peminat Ernie Zakri untuk memiliki album penuh penyanyi kesayangan mereka akhirnya menjadi kenyataan.
Selepas 12 tahun, Ernie muncul dengan album berjudul Aura di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Ini merupakan album penuh pertamanya.
Dia pernah menerbitkan album Sinaran pada 2011 yang mengandungi dua lagu: Mahu Ingin Bercinta dan Rindu Bukan Teman. Bagaimanapun kedua-duanya dikeluarkan sebagai single.

Album yang ditunggu-tunggu, Aura menampilkan elemen kehidupan seperti nasihat, motivasi, positiviti dan sumber kekuatan untuk insan yang memerlukan semangat. Ia diolah oleh Ernie sendiri untuk membantu mereka yang terluka berasa lebih yakin dalam menjalani kehidupan mendatang.
Album yang mengambil masa sekitar setahun untuk disiapkan ini menampilkan sepuluh lagu menarik sebagai halwa telinga. Ia mendapat sentuhan komposer dan penerbit popular seperti Aubrey Suwito, Ezra Kong, Faizal Tahir, Amylea Azizan, Rozi Sangdewi, Helen Yap, Firdaus Rahmat, John Jeeves dan Ade Govinda.
Masing-Masing Pilihan Pertama Ernie Zakri
Lagu Masing-Masing yang bertemakan putus cinta diangkat menjadi single perdana untuk memperkenalkan album ini. Menurut Ernie, naskah tulisan dan gubahan Ade bersama Nabila V ini mempunyai jalan cerita tersendiri.
“Saya dan Mas Ade bersependapat untuk menghasilkan lagu galau dengan kisah putus cinta yang sedikit berbeza. Masing-Masing mengisahkan tentang pasangan yang terpaksa meneruskan kehidupan dengan cara berpisah demi mencari kebahagiaan sendiri.
Sorotan LainPasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
5 Acara Larian Paling Ditunggu di Malaysia Wajib Disertai Untuk Pecinta Fitness
Oscar 2024: Senarai Yang Berjaya Dan Gagal Tercalon
Crossover kompak Mercedes-Benz GLA 2021 Kini Dalam Versi CKD – Dari RM242,888
Sultan Ibrahim Ditabal Yang Di-Pertuan Agong Ke-17
5 Filem Terbaik Dian Sastrowardoyo, Bintang Gadis Kretek![]()
“Tidak semua perpisahan tentang pertengkaran atau pergaduhan. Ada perpisahan yang berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak demi mencapai kebahagiaan sendiri. Saya tahu ramai rakyat Malaysia suka lagu galau sebegini,” katanya, menurut laporan Astro Awani.
Aura turut menampilkan suaminya, Syamel yang menyumbang lagu Jangan Hilang Percaya. Ernie berharap peminat akan dapat memahami apa yang cuba disampaikannya dalam album ini.
“Semoga ia menjadi teman buat mereka yang memerlukan semangat serta kekuatan itu,” katanya.
Baca: “Dreams Do Come True” – Ernie Zakri Hiasi Billboard Times Square New York
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
