10 Gaya Terbaik Selebriti Di Critics Choice Awards 2026
“LOGO MOSCHINO”, Lima Stail Pilihan GLAM
Raisa: Bertumbuh dalam Kedewasaan
Kembara Sofistikated Swarovski Dengan Urban Fantasy
Interpretasi Elemen Feminin Franck Muller Melalui Vanguard Lady
Home > Fesyen > Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu

Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu

Made in Malaysia kini menjadi simbol gaya baharu dengan jenama lokal yang berkualiti dan beridentiti.

Generasi baharu kini semakin bijak memilih. Bukan sekadar menyokong produk tempatan, malah mengangkat jenama lokal sebagai simbol gaya, identiti dan kualiti. Daripada kasut hingga pakaian, ini jenama Malaysia yang patut anda terokai.

1. Vagrant Corp

Antara jenama gaya hidup kelahiran Kuala Lumpur 2020 yang mengeluarkan beg dan aksesori bagi melengkapi keperluan individu yang fokus kepada aktiviti lasak dan harian. Selain itu, Vagrant Corp turut berkolaborasi dengan ramai pereka tempatan bagi meningkatkan kualiti dan memberi mengalaman yang terbaik untuk pembeli.

2. Almost Quaint

Jenama lokal yang diilhamkan daripada pelukis grafik terkenal Raymond Pettibon, membawa naratih gaya jalanan ke satu level yang lain. Mempunyai identiti sendiri yang membuatkan ramai anak muda tertarik dengan Almost Quaint.

3. Rajah_1.0

Karya Panji Abu Fikrah, yang meneraskan elemen iman dan budaya menerusi Rajah_1.0 dan menggunakan teks sebagai medium utama pada baju, tote bag dan pelbagai aksesori yang lain.

4. All Love

Antara jenama lokal yang membawa elemen gaya jalanan moden yang semakin dikenali dan mendapat perhatian ramai dengan koleksi yang menepati cita rasa pencinta fesyen kini.

5. Peak KL

Berawal dari arkitek ke streetwear, jenama yang tidak asing lagi didalam dunia fesyen lokal Malaysia terutamanya bagi skateboarders. Sentiasa mengeluarkan koleksi yang dekat di hati para peminat.

7. Ghostboy

Diasaskan daripada projek guna semula secara kreatif, kini ghostbouy menjadi salah satu jenama lokal yang berjaya menembusi pasaran internasional dan terus mengeluarkan koleksi-koleksi yang menarik.

8. HdPc

Sebagai jenama di bawah Hundred Percent, HdPc lahir daripada inspirasi kepelbagaian Kuala Lumpur. Menampilkan koleksi pakaian yang menggabungkan elemen dinamik dengan identiti moden.

9. FTMD

Dengan gabungan budaya dan eksplorasi dunia sebagai inspirasi utama, FTMD ingin masyarakat meneroka perspektif baharu dan menghargai keunikan dunia melalui koleksi mereka.

9. Anything JB

Jenama streetwear multi-label yang berasal dari Johor Bahru yang awalnya diasaskan bagi menjual barangan jenama lain, kini mengeluarkan koleksi sendiri setelah membina nama dan mendapat sambutan yang baik selepas tiga tahun.

10. Oneplustwo

Jenama yang dibina pada tahun 2017 oleh dua orang anak muda bermula dengan menjual barang-barang bundle menjadi salah satu jenama tempat yang menjadi pilihan generasi kini. OPT mula meraih sambutan ramai setelah mengeluarkan beberapa koleksi yang sentiasa menepati citarasa komuniti mereka.

11. Againstlab

Gabungan latar belakang ilustrasi dan graviti menjadi tunjak utama jenama ini. Againstlab dicipta bagi menghargai budaya jalanan. Serta memenuhi permintaan peminat cinta di Malaysia.

12. SVG Worldwide

SVG Worldwide yang hanya berbekalkan modal RM50 kini menjadi antara jenama lokal yang kian meningkat naik. SVG berjaya Memecahkan rekod dunia fesyen pada tahun 2023 apabila mereka melancarkan pertunjukan fesyen yang pertama dengan 100 model tempatan.

Artikel berkaitan: Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine