Raisa: Bertumbuh dalam Kedewasaan
Raisa

Raisa: Bertumbuh dalam Kedewasaan

14 tahun silam Raisa memulakan langkah bermuzik dengan begitu innocent sekali. Namun restu serta keterbukaan pendengar muzik indonesia membenarkan langkah bermuziknya melejit cukup konsisten. Hari ini dia bertumbuh penuh kedewasaan. Glam bertemu Raisa menelusuri ruang fikir juga sudut pandangnya tentang muzik, kecantikan dan motherhood.

pengarah kecantikan JULIA AZMAN pengarang fesyen JOHAN KASSIM pengarah seni AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM gambar EDMUND LEE/ HEXA PRODUCTIONS solekan KHIR KHALID MENGGUNAKAN LANCÔME dandanan CODY CHUA teks HAFIZAN MOHD lokasi NIRJHARA BALI

 

Pasaran besar muzik Indonesia yang cukup beragam menzahirkan banyak nama yang datang dengan ilham tersendiri tanpa dibayangi mana-mana penyanyi sedia ada. Ketika nama Raisa muncul sekitar 2010 dengan feel R&B dalam stail nyanyiannya yang cukup lembut membuai, dia ibarat memberi siren buat pendengar muzik Indonesia untuk siap dengan apa yang dia mahu tawarkan.

Hasilnya, setelah kejayaan album perdana yang beredar di tahun 2011 dengan hits seperti “Serba Salah” dan “Apalah Arti Menuggu” Raisa cemerlang menjalani sebuah perjalanan panjang sebagai pemuzik yang bertumbuh dalam kedewasaan. Tidak hanya meledak di Indonesia merdu suaranya bergema sehingga ke Malaysia.

Hari ini menjadi bukti, nama Raisa sudah cukup utuh bergerak sebagai pelopor Pop dengan sound baru yang cukup berevolusi dan tersendiri. Tidak hanya mahu terikat dengan rangkaian lagu-lagu berjiwa galau, Raisa cemerlang membentuk landskap muziknya dengan standard berbeza untuk pendengar muzik nusantara membuka ruang deria pendengaran bersiap sedia dengan sesuatu yang lebih segar.

“Apa yang bakal menjadi rencana terbesar Raisa tahun ini?” Soal saya membuka bicara. “Masuk studio pastinya untuk lebih lagi single baru dan juga album baru. Tahun ini akan menjadi tahun yang akan mencabar diri aku sebagai penyanyi. Saya mahu keluar daripada zon selamat dan mahu lakukan yang melaksanakan kelaianan dalam muzik. Fokusnya lebih pada pendengar international.”

Sudah lebih sepuluh tahun usia bermuzik, saya melihat Raisa mengatur kembara bermuziknya dengan kekuatan yang tersendiri. Menurut Raisa sendiri di mana kekuatan untuk bertahan sejauh ini? “Hmm, mungkin kerana ciri khas yang ada pada vokal aku juga pemilihan lagu-lagu. Authenticity sebagai penyanyi itu yang aku fikir ia benar-benar membantu untuk orang senang dengan nyanyian. Tapi yang paling penting masih tetap pada karya-karya yang dihasilkan itu harus dekat dengan orang ramai kerana itu menjadi menjadi faktor juga untuk bertahan.”

See also
Yves Saint Laurent Bermain Dengan Leather Untuk Paris Fashion Week

Raisa

Sepanjang perjalanan bermuzik dengan penghasilan empat album keseluruhan dengan puluhan single yang sudah berjaya menjerat pendengaran senusantara, Raisa saya kira sudah berada di tahap yang cukup selesa menjalani kembara bermuziknya. “Untuk sepuluh tahun mendatang apa yang Raisa harap atau bayangkan?” Soal saya lagi. “Oh pastinya aku mahu melebarkan sayap keluar negara tidak hanya di Indonesia dan Malaysia saja. Harapannya semoga bisa melihat satu dunia mampu menikmati muzik yang aku hasilkan.”

Melihat keperibadiannya yang cukup reserve saya menyoalkan pula tentang kebebasan dan keterbatasan bergelar selebriti. “Sepanjang perjalanan yang panjang ini Raisa sebetulnya bebas menjadi diri sendiri atau masih banyak control dalam banyak hal?”. “Kedua-duanya. Ada saat yang aku bebas menjadi diri sendiri dan pada masa yang sama harus ada keterbatasan dalam pertuturan terutamanya.”

Pandangannya tentang kehidupan bersulam tutur yang tersusun. “Tak semua hal harus disuarakan dengan bebas demi menjaga hati banyak pihak. Always show the best part of me yang aku ke depankan kerana pabila menjadi selebriti ramai yang mengidolakan kita, jadi harus hal yang baik-baik menjadi contoh. Namun sebetulnya aku tidaklah terlalu banyak control, masih bebas menjadi diri sendiri.”

Dalam masa kurang setahun, Raisa sudah menzahirkan dua konsert buat penggemarnya di Malaysia. Saya sempat menikmati sendiri persembahan Raisa di kedua-dua konsert yang dijalankan sederhana namun terisi kemeriahan dan keriuhan penggemarnya. Raisa cukup bersahaja di pentas, bicaranya juga menggelitik hati dan nyanyiannya flawless. Apa yang istimewa untuk peminat di Malaysia tahun ini? Tanya saya padanya lagi.

See also
Semak 5 Stail Putri Marino (pelakon Gadis Kretek) Pilihan GLAM

“Akan ada konsert lagi pastinya tapi kali ini kalau bisa aku mahu memberi experience berbeza untuk penonton di Malaysia. Persembahan full scale dengan segenap pengalaman bunyi, visual seperti apa yang aku lakukan di Jakarta. Produksi yang lebih besar biar yang sudah datang menonton dulu datang lagi dengan pengalaman baru.”

Tentang Dunia Kecantikan & Raine Beauty

Raisa

Pengikut muzik Raisa pastinya sudah mengetahui tentang kewujudan jenama kecantikan Raine Beauty yang diperkenalkan sejak tahun 2022. Produk yang meliputi rangkaian alat solek ini diusahakan kerana kecintaan serta minatnya terhadap dunia kecantikan. “It’s a celebration of beauty.” Jawabnya ringkas saat disoal tentang mengapa memilih bidang kecantikan sebagai cabang bisnes.

“Raine Beauty berpegang pada prinsip to feel good as you are. Rangkaian solekannya tidak terlalu menyeluruh tetapi cukup sebagai produk yang mampu enhance kecantikan semulajadi. Not necessarily to follow the make-up trend but to focus as an essential make-up product.”

Raisa saat ditanya rasional di sebalik nama Raine Beauty dipilih, katanya ia diambil daripada nama tengah anak sulungnya Zalina Raine Wyllie yang juga memberi pentafsiran queen dalam beberapa bahasa asing. “Buat masa sekarang aku tidak mahu Raine Beauty terlalu terburu-buru memiliki rangkaian produk yang terlalu bermacam-macam. Cukup sekadar full proof make-up for daily life aja.” Tambahnya lagi.

Dalam sibuk saya bertanyakan tentang jenama kecantikan yang dimiliki itu, tertanya juga “Kalau Raisa sendiri bersolek itu setiap hari atau atas tuntutan kerja sahaja?” –

“Tidak juga setiap hari tetapi jika harus keluar rumah atas urusan tertentu itu pasti aku akan seminimal untuk bersolek. Tapi sebagai wanita sejujurnya aku senang untuk bersolek. For me doing make-up is not because you feel insecure, or you are not confident with yourself, but I feel putting make-up on your face is a celebration of beauty.”

Beauty obsession yang ada pada Raisa saat berbicara membuatkan saya tertanya tentang rahsia kecantikannya. “Double cleansing changes my life.” Saat saya soalkan tentang rutin sehariannya. “I love doing skin care routine. It’s like my me time – dalam 10 sehingga 15 minit yang penuh dengan pleasure and feelings. I never go to sleep with my make-up on sekalipun sudah terlalu lewat malam aku akan pastikan wajah dicuci sebelum siap ke kamar tidur. Selain itu rutin yang biasa harus selalu exercise constantly, drink a lot of water and always use my sunscreen setiap hari.”

See also
Sinar Aidilfitri Lebih Mewah Bersama GLAM x Dior Lebaran Raya

You afraid of ageing? “Tidak. Menurut aku ageing is privilege. Ia tergantung pada perspektif kita sebagai individu. Stereotaip kalau perempuan memasuki usia 30 itu sudah tua but 30 is young! Tetapi kalau lelaki lebih tua usianya dilihat lebih matang dan menarik. Stigma ini yang harus dihapuskan. Pada usia berapa sekalipun aku sering melihat penuaan itu adalah tentang kematangan dan pasti ada blessing di sebaliknya.”Raisa

Hari ini beauty standard itu seperti sudah ditetapkan pada satu-satu tahap tertentu. Menurut Raisa sendiri bagaimana? “Bagi aku beauty is a universal term. Jangan hanya berfikir kecantikan itu pada rupa dan tubuh sahaja. Beauty is a mindset, character and the energy that you give to people around you. It is more than just a pretty face.”

Cara Raisa meraikan kekurangan diri sendiri bagaimana? “To accept and to work on it. Kita harus menerima kekurangan diri dan harus siap untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada. Jangan fokus pada hal yang tidak bisa kita ubah tetapi fokus terhadap hal-hal yang boleh menambah baik segala kekurangan yang ada. Bagi aku ini adalah tentang mind set dan positivity.

Raisa

Raisa berdiri anggun berlatarbelakangkan pemandangan air terjun semula jadi yang terletak di Hotel Nirhjara, Bali.

Baca lanjut kisah Raisa dengan mendapatkan majalah GLAM Mac 2024 Edisi Istimewa Collector’s Issue atau langgan secara online di sini.