GLAM It Girl: Dolly Dalilah
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioGLAM mempersembahkan Millennial It-Girl bulan ini, Dolly Dalilah, pempengaruh kecantikan yang jelita dan terkenal dengan gaya penampilannya yang menjadi sumber inspirasi buat penggemar fesyen.
Nama Dolly Dalliah tidak asing lagi dalam kalangan penggemar fesyen dan kecantikan. Sebagai seorang pempengaruh kecantikan yang anggun, beliau juga telah menjadi trendsetter dalam dunia fesyen. Dengan gaya yang unik dan keupayaan untuk menggayakan penampilan yang chic, Dolly telah menarik minat para peminat fesyen di dalam kalangan generasi muda.
Kejayaannya dalam memilih pakaian yang sesuai serta solekan dengan sentuhan personaliti yang unik telah memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk mengeksplorasi gaya peribadi mereka sendiri. Ikuti temubual santai GLAM bersama pempengaruh jelita ini.
Dolly Dalilah, Millenial It-Girl Bulan Ini
1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.
Intuitive, emphatic dan centered.

2. Siapakah wanita yang memberi inspirasi kepada anda dan mengapa?
Sumber inspirasi terbesar saya adalah ibu saya. Di usia dewasa ini, saya semakin menghargai pengorbanan besar yang beliau lakukan untuk membesarkan saya, semuanya sambil beliau menjalani kehidupannya sendiri. Menjadi seorang ibu merupakan perjalanan yang mencabar tetapi beliau menghadapinya dengan kuat dan kasih sayang. Beliau juga mengajar saya untuk menghargai perjalanan hidup.
3. Apakah prinsip yang anda pegang dalam kehidupan anda?
Berbuat baik dan berlemah lembut terhadap orang lain serta diri sendiri, dan sentiasa miliki keberanian.
4. Namakan salah satu trend fesyen kegemaran yang selalu anda gayakan?
Menggabungkan pakaian formal dan tidak formal. Sebagai contoh, saya memadankan jeans bootcut dengan jaket tweed atau blazer. Contoh lain adalah memadankan kain batik dengan top yang ringkas. Saya suka menggabungkan dua kategori yang berbeza.

5. Perkara yang paling anda suka tentang Ramadan?
Ramadan adalah bulan yang penuh berkat dan perkara yang paling saya suka adalah apabila setiap orang berusaha sebaik mungkin untuk memanfaatkan Ramadan dengan melakukan begitu banyak amal kebaikan. Anda hampir dapat merasakan keberkatan ini di mana sahaja anda berada, perasaan yang begitu indah untuk berada di bulan Ramadhan.
6. Boleh kongsikan bagaimana rutin kecantikan harian anda bermula daripada pagi hingga malam?
Rutin penjagaan kulit saya agak berbeza berbanding sebelum ini kerana saya sering mengalami jerawat aktif dan mempunyai kulit sensitif. Pada waktu pagi, saya bermula dengan hyaluronic acid serum diikuti dengan ceramide moisturiser. Pada waktu malam pula, saya memakai salicylic acid serum, cica moisturiser diikuti dengan castor oil dan black seed oil.

7. Produk kecantikan perlu ada?
Ini agak mencabar! Anastasia Beverly Hills Magic Touch Concealer, Hourglass Ambient Lighting Palette dan Givenchy Prism Libre Loose Powder.
8. What’s next for Dolly Dalilah?
Saya sendiri teruja untuk melihat ke mana arah kehidupan membawa saya dan walau apa pun terjadi, saya akan menyambutnya dengan hati terbuka dan rasa syukur.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
