Zoë Kravitz, Janelle Monáe & Elle Fanning Membintangi Kempen Tiffany & Co.
Pelakon berbakat Zoë Kravitz terus membukan jalan untuk kerjayanya pada tahun 2017 melalui drama bersiri Big Little Lies, filem terbarunya untuk musim panas ini Rough Night dan pencapaian terbarunya, membintangi kempen Fall 2017 Tiffany & Co.
Pemilihan Kravitz dan beberapa lagi bintang muda lain seperti pelakon Elle Fanning, penari ballet David Hallberg, penyanyi Janelle Monáe, dan St. Vincent merupakan langkah jenama perhiasan ikonik ini untuk menonjolkan diri mereka kepada generasi lebih muda dalam pasaran.
[envira-gallery id=”69301″]
Ketua pegawai artistik Tiffany & Co. Reed Krakoff merupakan dalang disebalik idea baru untuk membantu mengembangkan lagi pasaran jenama ini. Kempen ini juga menggunakan khidmat jurufoto berbakat Inez van Lamsweerde and Vinoodh Matadin.
[envira-gallery id=”69303″]
Kempen yang diberi nama “There’s Only One” ini adalah untuk meraikan ekspresi diri dan individualiti seseorang yang juga turut merangkumi semangat Tiffany.
“Naratif kempen ini diceritakan melalui enam individu yang berkuasa, bijak dan tidak gentar untuk meluahkan perasaan mereka, di mana setiap seorang daripada mereka ini mempunyai bakat yang unik dan stail peribadi masing-masing,” terang Krakoff yang dilantik oleh Tiffany & Co. pada Januari 2017.
A post shared by Tiffany & Co. (@tiffanyandco) on
Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
