Related Stories
7 Penampilan Terbaik Selebriti Di Critics Choice Awards 2025
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBerlangsungnya Critics Choice Awards 2025 baru-baru ini dengan kehadiran himpunan A-listed selebriti yang tampil mempersonakan di acara karpet merah, lantas mencuri perhatian di serata media sosial. Dari Nicole Kidman yang hadir berbusana ‘feminin maskulin’ sehingga lah ke Margaret Qualley yang tampil anggun memadukan busana Chanel, GLAM kongsikan deretan gaya selebriti di Critics Choice Awards untuk tahun ini!
Acara tahunan Critics Choice Awards yang ke-30 telah berlangsung dengan meriah di Barker Hangar terletak di Lapangan Terbang Santa Monica, California. Majlis berprestij Hollywood yang cukup glamor ini memberikan penghormatan buat persembahan terbaik dalam filem dan televisyen dari tahun lalu. Pada asalnya yang dijadualkan pada Januari, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana kebakaran hutan di Los Angeles. Walau bagaimanapun, acara ini tetap menjadi antara salah satu perayaan yang paling dinanti-nantikan ketika musim penganugerahan.
Kehadiran deretan selebriti yang datang menghiasi permaidani merah ternyata menjadi sorotan. Barisan bintang besar Hollywood termasuk Demi Moore, Angelina Jolie, Nicole Kidman, Margaret Qualley dan ramai lagi tampil di dalam persalinan masing-masing yang nyata menarik daya tumpuan. Ia bukan sahaja sekadar malam yang meraikan, namun menjadi malam buat detik fesyen yang menonjol bagi selebriti-selebriti A-listed ini!
Gaya Selebriti Di Acara Karpet Merah Critics Choice Awards 2025
1. Nicole Kidman

Bintang popular Nicole Kidman tampil memukau di dalam persalinan sut Saint Laurent, mengetengahkan esen feminin maskulin ketika di malam Critic Choice Awards.
2. Demi Moore

Aktres Demi Moore hadir berbusana dari koleksi Schiaparelli Musim Luruh 2024, dengan perincian cutout dress menjadi elemen utama.
3. Margaret Qualley

Margaret Qualley semestinya menyarungkan busana dari Chanel yang nyata mempersonakan ketika di acara karpet merah.
4. Angelina Jolie

Pelakon filem Maria, Angelina Jolie memadukan busana Elie Saab dengan butiran ‘full lace’ yang minimalis namun elegan dan klasik.
5. Ariana Grande

Bintang “Wicked” atau lebih dikenali dengan Ariana Grande memadukan gaun Dior Couture di dalam rona mocha mousse yang menjadi trend warna hangat untuk tahun ini.
6. Colman Domingo

Coleman Domingo menjadi antara selebriti lelaki yang mencuri tumpuan di malam Critics Choice Awards 2025, hadir di dalam persalinan oleh Boss.
7. Michelle Yeoh

Aktres Michelle Yeoh menggayakan busana daripada Balenciaga couture yang tampil berani dan kontemporari.
Artikel Berkaitan: 20 Anggun & Segak Di Critics Choice Awards 2024
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
