20 Anggun & Segak Di Critics Choice Awards 2024
Musim anugerah 2024 terus berlangsung dan persinggahan seterusnya adalah Critics Choice Awards ke-29.
Sama seperti seperti Golden Globes, anugerah ini memberi penghormatan kepada persembahan filem dan rancangan televisyen terbaik sepanjang tahun lalu.
Acara paling mencuri perhatian tentunya kemunculan ikonik bintang Hollywood di karpet merah. Critics Choice Awards 2024 menyaksikan selebriti hadir dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama.
Margot Robbie, Rosamund Pike dan Emma Stone tampil anggun dalam gaun feminin menawan. Untuk selebriti lelaki pula, lebih ramai memilih untuk menggayakan sut berwarna pada tahun ini.
Lihat gaya menawan selebriti di Critics Choice Awards 2024
Emily Blunt berseri dalam gaun merah berlabuci Giorgio Armani Privé dengan perincian bunga di bahu dan belakang badan. Gayanya disempurnakan dengan barang kemas Tiffany & Co.

Walaupun tampil dalam gaun Louis Vuitton rona hitam, penampilan Emma Stone tetap menyerlah.

Ayo Edebiri hadir di karpet merah Critics Choice Awards dalam sut serba putih daripada jenama pasangan kembar Olsen, The Row.

Margot Robbie mencuri perhatian ramai dalam gaun merah menyala Balmain bersama perincian ros 3D yang menampilkan siluet seksi.

Julianne Moore anggun dalam gaun ungu dua tona daripada Chanel Couture.

Greta Lee menggayakan persalinan hitam berkilauan daripada koleksi pakaian lelaki Loewe Musim Bunga/Panas 2024.

Rosamund Pike menyarung gaun sarat labuci Rodarte bersama perincian bunga.

Awkwafina tampil elegan dalam gaun renda dua tona Dior Haute Couture.

Quinta Brunson memilih gaun jarang dengan sulaman bunga rekaan Georges Hobeika. Barang kemas Nicole Rose dan sepatu Christian Louboutin melengkapkan gayanya.

Gaun merah unik daripada Prada ini memeluk tubuh Dua Lipa dengan sempurna.

Selebriti Lelaki Yang Mencuri Perhatian Di Karpet Merah
Ketampanan Charles Melton terserlah dalam sut merah Valentino yang dipadankan dengan tali leher dan sepatu rona hitam.

Sut jalur Saint Laurent ini kelihatan sempurna pada tubuh Jeremy Allen White. Gayanya dilengkapkan dengan sentuhan kerongsang bunga merah Tiffany & Co.

Tom Holland segak dalam sut Prada rona coklat. Kemeja merah jambu menyuntik warna pop pada penampilannya.

Cillian Murphy menggayakan sut tiga helai rona biru kelasi bersama tali leher yang diikat longgar.

Colman Domingo menyerlah di karpet merah Critics Choice Awards dalam persalinan Valentino rona kuning mustard dan kot sedondon.

Barry Keoghan tampil ringkas namun segak dalam sut serba hitam bersama kasut Christian Louboutin.

Pedro Pascal menyarung persalinan serba kelabu. Cermin mata dan anduh tangannya juga sedondon.

Kieran Culkin menyarung sut Zegna rona teal bersama gelang manik rona sedondon dan pin motif cengkerang rekaan Martin Katz.

Steven Yeun mencuri perhatian lensa kamera dalam persalinan hitam putih daripada Louis Vuitton.

Matt Bomer membawakan kontras di karpet merah dengan menyarung sut biru terang Berluti dan kasut rona sepadan.

Foto: Vanity Fair/Getty Images/AP
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
