Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Lihat koleksi terhad kacamata Prada x Gentle Monster yang menampilkan aktor Kentaro Sakaguchi dalam kempen penuh fantasi. Ketahui tarikh pelancarannya di sini!
Prada dan jenama kacamata ikonik, Gentle Monster, secara rasminya melancarkan koleksi kolaborasi kacamata eksklusif yang menggabungkan estetika unik dan visi luar biasa kedua-dua jenama. Koleksi terhad ini meneroka ekspresi baharu dalam rekaan kacamata kontemporari yang sofistikated, mewah, dan berani.
Seni Bina & Rekaan Kontur
Hadir dengan tiga rekaan utama, koleksi kacamata ini menggabungkan elemen intensiti dan sensitiviti dalam setiap perincian dengan penuh halus. Setiap rekaan ditonjolkan menerusi bentuk lensa yang tajam, bahagian hadapan berbentuk angular yang berstruktur seni bina serta tangkai titanium yang kemas. Lebih menarik, rekaannya menggabungkan logo ikonik Segitiga Prada dengan rekaan arca berani khas Gentle Monster, mewujudkan garisan cecair dinamik yang berubah dimensi mengikut biasan cahaya. Pilihan warna yang eksklusif juga dibangunkan secara khusus untuk kolaborasi berimpak tinggi ini.
Kempen Fantasi Bersama Kentaro Sakaguchi



Bagi menghidupkan visi artistik ini, aktor terkenal Jepun yang juga duta Prada, Kentaro Sakaguchi, dipilih sebagai wajah utama kempen. Berpaksikan konsep sebuah buku, kempen ini membawakan naratif lima kuasa fiksyen di hujung jari, bumi, air, api, angin, dan emosi cinta. Ia berjaya mengaburkan sempadan antara realiti dan imaginasi, memberikan impak visual yang sangat memukau dan puitis.
Sempena pelancaran ini, satu ruang pop-up khas dibuka di butik utama Gentle Monster dan Prada di Aoyama, Tokyo. Pengunjung berpeluang melihat sendiri artifak dan objek futuristik yang melandasi rekaan kacamata ini. Ruang pameran imersif ini dibahagikan kepada tiga dimensi kreatif iaitu elemen buku, sistem bunyi, dan robot bagi memberikan perspektif berbeza kepada para pengunjung. Koleksi eksklusif PRADA GENTLE MONSTER ini dilancarkan untuk masa yang terhad di pasaran Asia terpilih. Selepas fasa pra-pelancaran di Tokyo pada awal Julai 2026 , koleksi ini menemui peminat fesyen di Jepun sepenuhnya pada 6 Julai , diikuti Korea Selatan pada 31 Julai, dan pasaran China pada 12 September menerusi butik fizikal dan atas talian.
Artikel berkaitan: Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Artikel Berkaitan
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
