Fesyen Dan Muzik Bersatu Di Pentas Peragaan Burberry Summer 26
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioKoleksi Burberry Summer 26 di Minggu Fesyen London merupakan sebuah perayaan penuh tenaga yang menyatukan warisan, muzik Britain dan inovasi fesyen yang nyata kontemporari.
Di bawah pimpinan Daniel Lee, Burberry mempersembahkan koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2026 sebagai sebuah pentas penuh tenaga, di mana fesyen berpadu dengan denyut nadi muzik Britain. Pertunjukan ini bukan sekadar sebuah peragaan, tetapi sebuah persembahan yang menyalurkan semangat konsert musim panas dan kejujuran seni muzik tanah kelahiran punk, rock serta soul. Ia menjadi pernyataan gaya yang berani namun tetap berakar pada identiti budaya yang mendalam, menjadikan setiap helaian pakaian sebagai gema kepada warisan seni yang terus hidup.

Burberry Summer 26: Fesyen Dan Ritma Muzik Britain
Koleksi ini memberi penghormatan kepada para perintis muzik dengan menampilkan potongan tajam, tekstur kaya serta palet warna yang bergerak antara nada bumi yang tenang dan kilauan terang yang menghidupkan suasana. Bentuk ikonik diolah semula dengan penuh ketelitian sperti kot trench kapas berlapis lilin tampil dengan sisi baharu, gaun Burberry Check diberi sentuhan rantai yang mencipta efek perisai, manakala sut berinspirasi mod dipersembahkan dalam potongan moden. Eksperimen bahan turut memukau, dengan crochet yang diberi bentuk arca, kulit digubah menyerupai renda halus dan denim dihiasi kilau metalik yang mengubah persepsi klasik terhadap fabrik tersebut.

Signature rumah fesyen ini turut mengalami dekonstruksi kreatif. Trench coat digabungkan bersama anyaman makramé, parka direka daripada kapas dan rafia, sementara sut dipermodenkan dengan garisan ringkas yang lebih ramping. Aksesori menambah lapisan naratif tersendiri, menggemakan akar ekuestrian Burberry melalui but yang teguh, beg berumbai lembut yang dihiasi stud serta kemasan yang melengkapkan keseluruhan gaya. Segala elemen ini bukan sahaja menekankan kepakaran artisan, tetapi juga menunjukkan bagaimana tradisi boleh dihidupkan semula melalui inovasi.

Dipersembahkan di ruang terbuka Kensington dengan alunan semula muzik Black Sabbath oleh Benji B, pertunjukan ini mencipta ritma tersendiri, bebas daripada konvensi. Hasilnya adalah sebuah perayaan yang vivid terhadap ekspresi diri, kraf tangan serta warisan Britain. Setiap busana bagaikan satu nota dalam skor baharu Burberry, yang bukan sahaja mengangkat sejarah jenama ini tetapi juga menandakan langkah segar dalam perjalanan evolusinya.

Artikel berkaitan: Burberry Menghidupkan Semula Ikon Trench Dengan Sentuhan Moden
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
