6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioDaripada pastel lembut hingga aksesori berani, musim ini menyaksikan fesyen lelaki bergerak ke arah ekspresi yang lebih bebas tanpa meninggalkan akar klasiknya di pertunjukan Menswear SS27.
Fesyen lelaki untuk koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2027 menyaksikan peralihan menarik antara tradisi dan eksperimentasi. Walaupun asas gaya maskulin masih berpaksikan tailoring klasik, polo, kemeja dan siluet kemas, ramai pereka memilih untuk mencabar norma dengan pendekatan yang lebih segar dan berani. Daripada penggunaan fabrik ringan dan telus hinggalah kepada aksesori yang lazimnya dikaitkan dengan fesyen wanita, musim ini membuktikan bahawa gaya lelaki kini semakin terbuka kepada ekspresi yang lebih pelbagai. GLAM kongsikan antara trend utama yang mencuri perhatian di pentas peragaan Menswear SS27 dan berpotensi mempengaruhi trend fesyen musim akan datang.
Deretan Trend Fesyen Di Menswear SS27
1. Pastel Preppy

Louis Vuitton SS27, Ralph Lauren SS27
Estetika preppy terus menjadi rujukan utama, namun kali ini tampil dalam palet warna yang lebih lembut dan segar. Rona seperti biru langit, hijau pudina, kuning cair dan merah jambu lembut digunakan secara layering untuk menghasilkan penampilan yang kemas tetapi tidak terlalu formal.
2. See-Through & Layering

Dior SS27, Prada SS27
Fabrik bermaterial jarang serta esen layering muncul sebagai trend fesyen paling menonjol musim ini. Digayakan menerusi kemeja, jaket dan seluar, butiran ini menawarkan keseimbangan antara keselesaan, fungsi dan sentuhan penata gaya moden yang lebih berani.
3. Ornamental Outerwear

Dior SS27, Giorgio Armani SS27
Outerwear tidak lagi sekadar pelengkap gaya. Musim ini, turut memperlihatkan jaket dan kot yang diperkaya dengan suntikan sulaman, motif artistik serta perincian dekoratif yang mana, menjadikannya titik fokus utama dalam sesuatu penampilan.
4. Siluet Skinny Kini Kembali

Prada SS27, Dior SS27
Selepas beberapa musim didominasi potongan oversized, siluet yang lebih tirus mula kembali mendapat tempat. Seluar skinny yang sering kali menjadi topik hangat dalam trend fesyen, kini tampil diperlihatkan di beberapa jenama yang memperagakan koleksi mereka. Adakah trend ini benar-benar bakal mendominasi semula?
5. Aksen Pinggang

Celine SS27, Yves Saint Laurent SS27
Musim ini juga menyaksikan perhatian diberikan kepada bahagian pinggang. Sama ada melalui perincian tali pinggang berwarna, lilitan skarf atau elemen penggayaan lain, sentuhan ini membantu membentuk siluet yang lebih tersusun sambil menambah karakter pada keseluruhan gaya, menambah dimensi pada gaya yang ringkas.
6. Aksesori Ekletik

Ralph Lauren SS27, Celine SS27
Aksesori tampil sebagai penyudah gaya yang penting. Bros, skarf sutera, tassel serta pelbagai elemen dekoratif lain digunakan untuk memberikan identiti yang lebih unik serta menyerlahkan sisi kreatif pemakainya.
Artikel berkaitan: Ini Trend Fesyen Yang Memancarkan Aura ‘Diva’s Coded’!
Artikel Berkaitan
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpiece...
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Capri Season! Ketahui Cara-Cara Menggayakannya
Siapa di Barisan Hadapan Acara Louis Vuitton Men’s SS27
Menjengah Gaya Musim Panas Kate Spade New York 2026
Harry Styles Di Dalam Liga Fesyennya Yang Tersendiri
Pilihan Bacaan Seterusnya
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
