fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Fesyen Untuk Februari. Lima Aksesori Fesyen Pilihan GLAM
Pierpaolo Piccioli Tinggalkan Rumah Fesyen Valentino Selepas 25 Tahun
Nafas Riviera Mediterranean di CHANEL Cruise 2024/25
GLAM Lebaran 2025: Baju Raya Siap Pakai Wajib Miliki
Legasi Mewah SUEN Jewellers Kini 15 Tahun
Home > Fesyen > Keanggunan Baharu Louis Vuitton Terserlah Menerusi Koleksi Idylle Blossom

Keanggunan Baharu Louis Vuitton Terserlah Menerusi Koleksi Idylle Blossom

Enam rekaan baharu daripada koleksi Idylle Blossom mengangkat semula keindahan Monogram Flower ikonik Louis Vuitton menerusi gabungan seni pertukangan tinggi, berlian dan rekaan yang melangkaui masa.

Louis Vuitton memperluaskan lagi koleksi Idylle Blossom dengan memperkenalkan enam ciptaan baharu yang merangkumi Fine Jewelry dan High Jewelry, sekali gus meneruskan legasi salah satu koleksi barang kemas paling ikonik Maison itu. Menampilkan rekaan yang elegan dan versatil, koleksi ini menggabungkan warisan reka bentuk Louis Vuitton dengan kemahiran pertukangan yang menjadi identiti Louis Vuitton dari dahulu lagi.

Diilhamkan daripada motif Monogram Flower yang dicipta oleh Georges Vuitton pada tahun 1896, simbol yang menjadi identiti Louis Vuitton ini terus menjadi nadi kepada koleksi Idylle Blossom sejak diperkenalkan pada tahun 2012. Dengan gabungan bentuk bunga berkelopak bulat dan tajam, setiap rekaan menyerlahkan keseimbangan antara gaya kontemporari dan keanggunan klasik yang kekal relevan merentas generasi.

Koleksi terbaharu ini terdiri daripada satu set Fine Jewelry dan satu set High Jewelry, sekali gus melengkapkan perkembangan reka bentuk Idylle Blossom yang terus berkembang dari tahun ke tahun. Set High Jewelry pula menyusuli pengenalannya buat pertama kali pada tahun 2024, menampilkan interpretasi lebih eksklusif terhadap motif Monogram Flower menerusi penggunaan berlian yang dipilih dengan teliti dan ketelitian seni pertukangan yang luar biasa.

Antara tarikan utama koleksi ini ialah gabungan dua simbol ikonik Louis Vuitton dalam set High Jewelry, iaitu Monogram Flower dan LV Monogram Star-cut Diamond. Potongan berlian eksklusif dengan kilauan yang menyerlah yang menjadi identiti Maison itu. Mengekalkan DNA koleksi Idylle Blossom, setiap rekaan dihasilkan untuk meraikan keindahan yang bersifat malar segar. Sama ada digayakan secara harian mahupun untuk majlis istimewa, koleksi ini menawarkan keseimbangan antara kemewahan, versatiliti dan ekspresi peribadi, menjadikannya pelengkap kepada gaya wanita moden.

Menerusi penambahan enam ciptaan baharu ini, Louis Vuitton terus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia Fine Jewelry dan High Jewelry dengan mempersembahkan rekaan yang bukan sahaja menghargai sejarah Maison, malah mencerminkan visi kontemporari yang sentiasa berkembang.

Artikel berkaitan: Louis Vuitton Lancar Koleksi Impian High Summer 2026