Cipta Sejarah Lagi! Neelofa Tercalon dalam Influencer Awards 2019 Monaco - Glam Malaysia

Cipta Sejarah Lagi! Neelofa Tercalon dalam Influencer Awards 2019 Monaco

Neelofa mencipta sejarah sekali lagi! Pengacara, pelakon dan usahawanita berbakat besar, Neelofa khabarnya tercalon dalam sebuah anugerah peringkat antarabangsa berprestij, iaitu Influencer Awards 2019 Monaco menerusi kategori Entrepreneur. Bakal diadakan di Monaco pada 5 dan 6 Disember, Neelofa mengakui tidak menyangka tercalon dalam anugerah yang di pengerusikan oleh keluarga diraja Monaco. Ini merupakan penganjuran kedua anugerah tersebut selepas diadakan pada tahun lalu.

Jelas Neelofa lagi, “Saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh dunia selain mengembangkan rangkaian perniagaan saya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet, iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu hebat lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters. Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 nanti di Hotel Meridien Beach Plaza.

See also
10 Busana Pengantin Diraja Yang Mencuri Tumpuan Dunia