Pereka Fesyen Giorgio Armani Meninggal Dunia, Tinggal Legasi Abadi
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioDunia fesyen kehilangan salah seorang tokoh terbesarnya apabila pereka fesyen Giorgio Armani meninggal dunia pada 4 September 2025 di Milan, pada usia 91 tahun. Berita duka itu disahkan oleh Kumpulan Armani yang menyatakan beliau pergi dengan tenang di kediamannya, dikelilingi insan tersayang. Kehilangannya bukan sahaja dirasai di Itali, tetapi di seluruh dunia yang selama puluhan tahun menjadikan Armani sebagai simbol elegan dan kesempurnaan.
Giorgio Armani, atau mesra digelar King Giorgio, bukan sekadar seorang pereka. Beliau adalah figura yang mengubah landskap fesyen global. Dedikasinya terserlah hingga ke hujung hayat meskipun tidak hadir pada Milan Fashion Week bulan Jun lalu kerana kesihatan yang tidak mengizinkan, beliau tetap memberi arahan kepada pasukan kreatif secara maya. Semangat itu menunjukkan cintanya pada dunia fesyen tidak pernah luntur.
Sebagai tanda penghormatan, ruang kunjungan awam dibuka di Armani/Teatro, Milan agar peminat, rakan industri, dan masyarakat dapat memberi penghormatan terakhir. Upacara pengebumian pula berlangsung dalam suasana tertutup, sesuai dengan kehendak keluarga yang ingin mengekalkan momen penuh intimasi.
Legasi Pereka Fesyen Giorgio Armani

Kredit foto: Getty Images
Warisan Armani terlalu besar untuk diringkaskan, namun inilah antara pencapaian dan pengaruh yang menjadikan namanya kekal hidup:
-
Revolusi power suit: Memperkenalkan blazer tanpa struktur yang lebih lembut, menjadikan pakaian formal terasa moden dan selesa. Gaya ini melonjak selepas tampil dalam filem American Gigolo (1980).
-
Pelopor quiet luxury: Menjadikan minimalisme sebagai lambang kemewahan; potongan bersih, tona neutral, dan fabrik berkualiti menjadi identiti jenama Armani.
-
Empayar global: Dari Armani Privé, Emporio Armani hingga hotel mewah di Milan dan Dubai, Armani membina ekosistem gaya hidup yang lengkap.
-
Kebebasan kreatif: Berbeza dengan banyak rumah fesyen lain, Armani enggan menjual syarikatnya kepada konglomerat besar. Beliau mahu mengekalkan kebebasan penuh dalam setiap keputusan kreatif.
-
Ikon karpet merah: Rekaannya menjadi pilihan tetap bintang dunia seperti Richard Gere, Zendaya, dan Beyoncé, menjadikan Armani sinonim dengan prestij Hollywood.
-
Armani/Silos: Muzium yang dibuka pada 2015 di Milan ini menjadi arkib hidup, menyimpan puluhan tahun karya dan memperlihatkan warisan fesyennya kepada generasi baru.
Fakta Menarik Tentang Giorgio Armani

Kredit foto: Getty Images
-
Dilahirkan pada 11 Julai 1934 di Piacenza, Itali.
Sorotan LainWho Wore It Better: Rihanna Atau Emilia?
Havaianas Lancar Koleksi Sparkle Sempena Krismas
4 Gaya Fesyen Tissa Biani Pilihan GLAM
Raih Perhatian Kerana Bersalin Di Hospital Kerajaan, Kenali YM Che’ Puan Khaleeda Yang Anggun & Berjiwa Rakyat
Do’s & Don’ts Untuk Tampil Lebih Bergaya Pada Tahun Baru Cina
Di Sebalik Kolaborasi Burberry x Qian Lihuai: Seni, Warisan, dan Kemewahan
-
Belajar perubatan di Universiti Milan selama dua tahun sebelum beralih ke dunia fesyen.
-
Kerjaya awal sebagai pereka tingkap di gedung La Rinascente sebelum bekerja dengan rumah fesyen Nino Cerruti.
-
Menubuhkan jenama Giorgio Armani pada 1975 bersama rakan kongsi Sergio Galeotti.
-
Dermawan aktif, termasuk menyumbang jutaan euro semasa pandemik COVID-19 (2020).
-
Antara pereka terkaya dunia, dengan kekayaan dianggarkan sekitar USD 6 ke 7 bilion menurut Forbes.
-
Tidak pernah berkahwin dan tiada anak, memilih kehidupan peribadi yang sederhana walaupun terkenal di seluruh dunia.

Kredit foto: Getty Images
Pemergian pereka fesyen Giorgio Armani meninggalkan ruang kosong yang sukar diisi. Namun, falsafahnya tentang keanggunan bahawa kecantikan sejati lahir daripada kesederhanaan akan terus menjadi panduan. Nama Armani tidak hanya hidup di atas label pakaian, tetapi dalam setiap potongan sut, setiap gaun di karpet merah, dan setiap individu yang memilih untuk tampil elegan tanpa berlebihan.
Armani sudah tiada, tetapi roh kreatifnya tetap bersama dunia fesyen: abadi, anggun, dan selamanya dikenang.
Artikel berkaitan: Giorgio Armani Menyambut Kelahiran Yang Ke-90 Tahun!
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
