Trend Fesyen Terkini: Fenomena “Quite Luxury” Tiba di Malaysia
Dalam dunia fesyen global, istilah quiet luxury kian menjadi sebutan. Ia adalah trend fesyen terkini dan satu pendekatan di mana kekayaan dan kemewahan tidak dipamerkan secara terang-terangan. Malah diekspresikan melalui kualiti bahan, ketelitian rekaan, dan kehalusan jenama. Kini, fenomena ini semakin mendapat tempat dalam landskap gaya di Malaysia, dengan interpretasi yang unik dan berakar kepada budaya tempatan.
Apa Itu Quiet Luxury?
Secara asasnya, trend fesyen terkini akan quiet luxury menolak budaya logo besar dan pernyataan fesyen yang lantang. Sebaliknya, ia meraikan ketulenan rekaan yang minimalis, potongan sempurna, fabrik berkualiti tinggi, dan sentuhan eksklusif yang hanya difahami oleh mata yang tajam. Di Malaysia, pendekatan ini dilihat melalui pilihan gaya yang lebih bersahaja namun penuh kelas.
Quiet Luxury Dalam Konteks Malaysia
Dalam konteks tempatan, trend fesyen terkini iaitu quiet luxury bukan sekadar melibatkan pemilihan pakaian daripada jenama antarabangsa berprofil tinggi seperti The Row atau Loro Piana. Ia juga merangkumi apresiasi terhadap kemahiran tangan tradisional serta tekstil tempatan eksklusif seperti songket tenun halus, sutera Terengganu, dan batik blok artisanal.
Jenama-jenama tempatan seperti MELINDA LOOI, Brian Khoo, dan Khoon Hooi mengangkat semangat quiet luxury melalui rekaan yang menitikberatkan kehalusan kerja tangan. Selain itu, mereka juga memfokuskan pemilihan fabrik premium yang memberikan nilai eksklusif pada setiap koleksi. Perincian yang tidak terlalu menonjol namun sarat makna menjadi identiti utama gaya mereka. Begitu juga dengan pilihan aksesori, beg tangan kulit buatan tukang tempatan atau kasut bespoke kini dilihat sebagai simbol status yang sebenar. Nilainya jauh mengatasi pemakaian item berlogo besar yang sekadar menunjuk jenama.
Siapa Yang Menghidupkan Trend Fesyen Terkini Ini?
Generasi profesional muda Malaysia, terutamanya golongan high-net-worth individuals (HNWI) dan ultra-high-net-worth individuals (UHNWI), kini cenderung kepada pendekatan ini. Mereka lebih gemar melabur dalam item yang tahan lama dengan nilai estetika yang understated, selaras dengan nilai peribadi yang menghargai kualiti berbanding kuantiti.
Di kalangan selebriti tempatan, kita dapat melihat gaya ini dipraktikkan oleh nama-nama seperti Mimi Lana, Scha Alyahya, dan Nini Marini. Masing-masing memilih busana berkualiti tinggi dengan rekaan bersih, potongan moden, serta elemen seni halus yang mencerminkan keanggunan semula jadi.
Kenapa Trend Fesyen Terkini Akan Quiet Luxury Semakin Relevan?
Di era di mana kesedaran tentang kelestarian, warisan budaya, dan keaslian semakin meningkat, quiet luxury menawarkan alternatif yang lebih lestari dan peribadi. Ia membentuk hubungan emosional antara pemakai dan pakaian, memberi penghargaan terhadap nilai sebenar di sebalik setiap helaian dan sekali gus mengikuti trend fesyen yang terkini. Ia sesuatu yang semakin dihargai dalam dunia fesyen moden. Di Malaysia, trend fesyen terkini akan quiet luxury juga menjadi satu bentuk penghormatan terhadap nilai tradisi. Ia merupakan satu penghargaan senyap terhadap kekayaan budaya yang diwariskan, tanpa perlu berteriak melalui lambang atau tren sementara.
Fenomena quiet luxury di Malaysia membuktikan bahawa keanggunan sejati tidak perlu dipertontonkan secara lantang. Ia merujuk kepada keindahan yang terselindung dalam setiap perincian dan penghargaan terhadap hasil kerja tangan. Selain itu, ia juga melibatkan pemahaman yang mendalam mengenai nilai sebenar sesebuah karya fesyen. Dalam dunia yang dipenuhi laungan visual, quiet luxury memberi ruang untuk bernafas dengan pendekatan gaya yang membisik. Namun begitu, ia tetap berbicara lantang tentang cita rasa dan keperibadian individu.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Lokasi “Hidden Gems” Untuk Staycation di Malaysia