fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GBC Love Wellness : Reset Mode! Cara Gen Z Detox Kehidupan Sosial
Rawatan Kulit Kepala Adalah Langkah Pertama Bila Rambut Berubah
GLAM Reviu: Rawatan Wajah HYDRA C+ THERAPY Bersama ASTERSPRING
40 Inspirasi Solekan Musim Hadapan
Terbelai Jiwa Bersama Haruman Tiffany & Co. Rose Gold Eau De Parfum
Home > Cantik > Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!

Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!

Ketahui beberapa kesilapan yang mungkin tanpa disedari anda lakukan, yang menjadi punca solekan mudah bercapuk dan kurang tahan lama.

Solekan yang sepatutnya tampak sempurna sepanjang hari sering kali berubah menjadi bercapuk, tidak sekata dan cakey hanya dalam beberapa jam. Walaupun produk yang digunakan mungkin berkualiti tinggi tetapi solekan anda tetap mengecewakan. Hakikatnya, masalah ini bukan semata-mata terletak pada produk, tetapi pada beberapa kesilapan kecil yang sering tidak disedari dalam rutin solekan harian. Daripada persediaan kulit yang kurang tepat sehinggalah teknik aplikasi yang tidak sesuai, setiap langkah memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada solekan anda kekal lama dan sekata. GLAM kongsikan beberapa kesilapan yang mungkin tanpa sedar anda lakukan, yang menjadi punca solekan anda mudah bercapuk.

Ini Punca Di Sebalik Solekan Yang Mudah Bercapuk!

1. Skin prep tidak dilakukan dengan betul

Solekan Mudah Bercapuk? Mungkin Ini Kesilapan Yang Anda Lakukan

Salah satu punca utama solekan mudah bercapuk ialah keadaan kulit yang tidak cukup lembap sebelum melakukan solekan. Misalnya, kulit yang kering, tidak cukup lembap atau mempunyai tekstur tidak sekata akan menyerap bedak asas secara tidak rata. Penggunaan pelembap yang sesuai mengikut jenis kulit adalah langkah penting. Kulit yang cukup lembap akan membantu solekan melekat dengan lebih halus dan memberi hasil yang lebih natural serta tahan lama. Jika anda tidak melakukan skin prep dengan betul, solekan cenderung untuk tidak melekat dengan sekata dan mudah bercapuk sepanjang hari.

2. Tidak memberi masa untuk produk ‘set’ 

Solekan Mudah Bercapuk? Mungkin Ini Kesilapan Yang Anda Lakukan

Kesilapan lain yang sering berlaku ialah tidak memberi masa untuk setiap lapisan produk menyerap dengan baik. Contohnya, selepas memakai pelembap atau sunscreen, solekan terus diaplikasikan tanpa menunggu beberapa minit. Apabila produk belum ‘set’, ia akan bercampur dan menyebabkan tekstur solekan menjadi tidak sekata serta mudah bercapuk. Oleh itu, anda perlu memberi masa yang secukupnya untuk setiap lapisan produk meresap dengan baik sebelum meneruskan langkah solekan seterusnya, agar hasil akhirnya lebih halus dan sempurna.

3. Terlalu banyak lapisan produk

Solekan Mudah Bercapuk? Mungkin Ini Kesilapan Yang Anda Lakukan

Dalam usaha mendapatkan coverage solekan yang sempurna, ramai yang cenderung menggunakan terlalu banyak lapisan produk seperti primer, bedak asas dan. Tanpa disedari, ini boleh menyebabkan solekan menjadi cakey dan tidak sekata. Justeru, prinsip “less is more” sebenarnya adalah lebih relevan untuk hasil yang ideal dan sempurna. Penggunaan produk secara nipis dan berlapis ringan jauh lebih efektif berbanding sapuan tebal sekaligus. Jika anda ingin memberikan coverage lebih pada cela di kulit, anda boleh memfokuskan aplikasi produk secara tepat pada bahagian tersebut dan meratakannya dengan lembut untuk hasil yang lebih sekata.

4. Salah pemilihan formula produk

Solekan Mudah Bercapuk? Mungkin Ini Kesilapan Yang Anda Lakukan

Pemilihan formula produk turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan solekan yang tampak sempurna dan tidak bercapuk. Oleh itu, jika anda mengaplikasikan formula produk yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit, ia mungkin akan menyebabkan solekan anda tidak tahan lama. Setiap jenis kulit memerlukan formula yang berbeza. Penggunaan bedak asas berformula matte pada kulit yang terlalu kering atau bedak asas berformula dewy pada kulit berminyak boleh menyebabkan solekan tidak melekat lama. Memahami keperluan kulit sendiri adalah kunci utama untuk mendapatkan hasil solekan yang lebih halus dan kelihatan profesional.

5. Teknik aplikasi solekan yang tidak sesuai 

Cara mengaplikasikan solekan juga boleh memberikan impak yang besar kepada wajah anda. Menggosok bedak asas terlalu kuat menggunakan berus atau menggunakan alat yang tidak sesuai boleh merosakkan tekstur produk di atas kulit. Misalnya, teknik menepuk (patting) menggunakan sponge lembap atau berus solek yang sesuai boleh membantu produk meresap ke dalam kulit dengan lebih baik dan mengurangkan risiko bercapuk.

Artikel berkaitan: Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?