Sublimage Cleansing Collection, Powerful On Result, Gentle On Skin!
Chanel tahu apa yang wanita mahukan apabila berbicara mengenai penjagaan kulit wajah. Rutin pembersihan wajah juga perlu diberi perhatian kerana hanya dengan kulit yang bersih sempurna, segala kebaikan produk bisa menyerap jauh ke dalam lapisan kulit. Sebagai menyerikan lagi rutin penjagaan wajah di Sublimage, Chanel menambah Cleansing Collection. Produk terbaru ini memberi manfaat kepada jenis kulit yang matang dan kering. Rumusan yang kaya bertindak dengan memulihkan, menghidupkan semula dan menjadikan kulit wajah bersih, sihat dan berseri.Terima kasih kepada dua intipati antioksidanya. Sublimage Cleansing Collection menawarkan empat penjagaan kulit ultra-sensitif produk diperkaya dengan bahan aktif antioksida semulajadi iaitu Intense Vanilla Planifolia water dan ekstrak harungana.
Sublimage L’Huile-en-Gel de Démaquillage hadir dalam tekstur gel yang berubah menjadi minyak yang lembut disaat bersetuhan dengan air. Menanggalkan solekan dengan efektif, memberikan sensasi semewah sutera. Kulit bersih, lembut sempurna dan kembali berseri.

Sublimage L’eau De Démaquillage, pembersihan yang sarat dengan molekul asid hyaluronik, bisa membersih lalu menghidrat secara semula jadi. Hanya dengan menggunakan pad kapas, lembapkan, dan oles pada wajah dan leher perlahan-lahan. Tidak perlu di bilas. Gunakannya pada waktu pagi untuk menyegarkan semula kulit atau sebagai langkah kedua membersihkan kedua.

Sublimage Le Savon De Soin, sabun mewah ektrak bunga vanila, menghasilkan busa yang lembut pada kulit dan membersih secara keseluruhan. Kaya dengan campuran gabungan mentega shea dan ejen humectant, kekotoran bisa disingkirkan dengan sempurna. Lalu memberikan kelembutan dan haruman yang indah pada kulit.

Sublimage Les Grains De Vanille, adalah scrub yang hadir dalam butir-butir halus, dengan benih vanila semulajadi, yang meninggalkan kelembapan pada kulit, berseri dan licin. Biji Pod perlahan-lahan mengelupas manakala manik mikro jojoba yang lebih besar menawarkan pembersihan yang mendalam untuk menghilangkan kekotoran yang degil dan menyingkirkan sel-sel kulit mati. Gunakan dua kali atau tiga kali seminggu untuk membersihkan secara perlahan atau bila-bila masa anda perlu menetapkan segera untuk menghilangkan kulit yang kusam.

Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
