4 Lip Combo Terkini Pilihan GLAM

Ini 4 Lip Combo Terbaik Pilihan GLAM

Tanpa kita sedar, bahagian yang paling mengujakan dan penting dalam rutin solekan ialah dengan memakai produk bibir.  Adakah sesiapa tahu sudah menjadi kewajipan untuk membawa dua atau tiga produk bibir dan bukannya satu? Jika anda tidak biasa, ‘lip combo’ hanyalah campuran produk bibir dan digunakan dalam susunan tertentu untuk mencapai final lip look.

Konsep ini sangat mudah dengan melibatkan dua atau lebih produk bibir. Bermula dengan lip liner, gincu, lip stain dan lip gloss. GLAM mengesyorkan menggunakan lip mask atau lip balm untuk melembapkan bibir dan ia juga dapat mengelakkan bibir anda daripada merekah.

Cipta Lip Combo Menarik Pilihan GLAM

Kami telah mengumpulkan 4 lip combo pilihan GLAM untuk membangkitkan inspirasi dan memberi beberapa pilihan untuk anda mencuba.

1. Sugar Plum Fairy

Sekiranya anda tertanya-tanya apakah produk dan kombo yang boleh menghasilkan untuk rona bibir berinspirasi tahun 90-an neutral pinky-brown yang sempurna, tentulah anda harus mencuba MAC Lip Liner dalam kod ‘Cork’ dan Rhode Lip Peptide dalam kod ‘Jelly Bean’. Lip combo yang dihasilkan oleh model terkenal Hailey Bieber ini menarik perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

See also
Raikan Tahun Baru Cina Dengan Kemegahan Lancôme di Pavilion KL!

 

2. Cherry Cola

Di GLAM, kami percaya terdapat bold look yang sesuai untuk semua orang. Ia hanyalah satu usaha untuk mencari rona yang sesuai mengikut kulit masing-masing. Memandangkan hampir setiap jenama kecantikan mempunyai variasi gincu yang dapat menghasilkan bold look, lip liner merupakan faktor penting dan boleh membuat perbezaan. Dalam menghasilkan Cherry Cola bold look, anda boleh menambah sedikit rona coklat atau magenta pada bibir anda untuk menambahkan beberapa dimensi.

 

3. Perfect Nude

Nude look tidak pernah ketinggalan gaya. GLAM menemui lip combo terbaik dengan menggunakan produk daripada Charlotte Tilbury Liner dan Fenty Beauty Gloss Bomb Universal Lip Luminizer. Lip combo ini sesuai dengan anda yang mahu kelihatan effortless dan sesuai untuk rutin harian.

See also
SEMBANG CANTIK: Tengku Azura "The Ultimate Beauty Icon"

 

4. Soft Glam

Untuk anda yang lebih meminati kepada pink look, lip combo ini sangat sesuai dan mudah untuk dihasilkan dengan menggunakan produk daripada MAC Cosmetics.

 

Artikel berkaitan: Gincu Berona Merah Jambu Yang Patut Anda Miliki