Guerlain Raikan Hari Gincu Sedunia
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioWajah polos molek dioles gincu berona menarik aura cantik. Guerlain meraikan Hari Gincu Sedunia pada 29 Julai 2021.
“Pour yourself a drink, put on some lipstick and pull yourself together,” kata Elizabeth Taylor! Tiada solekan lebih sempurna tanpa secalit gincu di bibir. Tahukah anda Guerlain merupakan jenama kosmetik pertama dunia perkenalkan gincu komersial di mata dunia sekitar tahun 1884.
Sempena meraikan hari cukup istimewa ini, Guerlain menampilkan barisan gincu terbaru yang bertekstur matte iaitu KissKiss Tender Matte. Jika selama ini anda ingat gincu jenis matte cepat kering dan merekah tetapi anda pasti terkejut kerana Guerlain cipta formula magis kerana anda akan menjadi ketagih. As tender as a kiss and as velvety-soft as a petal itulah ungkapan sesuai kala anda memilih KissKiss Tender Matter sebagai peneman baru.

Kelembutan bibir yang dahagakan ciuman abadi merupakan ilham inspirasi oleh Direktor Kreatif Guerlain, Olivier Echaudemaison dalam mencipta koleksi yang punya 15 warna sempurna untuk bibir mungil mu. Lebih sensual dan sofistikasi teksturnya kala di sapu sempurna. Semakin nipis dan ringan tekstur gincu, semakin mudah aplikasinya tanpa comot malah terletak kemas, KissKiss Tender Matte ada segalanya! Bukan sahaja menawarkan rona menarik malah turut punya sensasi kelembapan luar biasa tidak seperti kebiasaan gincu jenis matte. Formula terkandung pula ada 3 bahan aktif seperti asid hialuronik, shea butter dan ekstrak kelopak mawar yang akan regenerasi sempurna kala gincu dioles sempurna pada bibir.
Artikel berkaitan Guerlain Aqua Allegoria Perkenal Dua Lagi Haruman

Gabungan shea butter bersama ekstrak kelopak mawar ini menambahkan kelembapan selama 16 jam untuk keselesaan berpanjangan. Usah risau lagi, bibir tidak akan merekah! GLAM! Sarankan untuk raikan hari gincu sedunia, apa kata anda pilih 3 rona ikonik ini iaitu Tender Rose, Kiss Rouge and My Rouge.
“Pour yourself a drink, put on some lipstick and pull yourself together,” kata Elizabeth Taylor!
Guerlain Muse, Natalia Vodianova menghiasi kempen KissKiss Tender Matte bersama model He Cong dan Imari Karanja. Turut tidak ketinggalan ikon fesyen Ines de la Fressange dan it-girl Adele Farine meraikan momen keriangan bergincu merah. Sesi fotografi ini dirakam oleh Inez & Vinoodh.

Koleksi KissKiss Tender Matte boleh dapatkan di setiap kaunter kecantikan Guerlain atau secara online di Sephora Malaysia.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
