Guerlain Aqua Allegoria Perkenal Dua Lagi Haruman
Himpunan haruman Guerlain Aqua Allegoria tambah meriah dengan kehadiran dua aroma baharu, Flora Salvaggia dan Nattare di Sole yang mana masing-masing memercikan kesegaran aroma kuntuman bunga yang diabadikand alam kelalang nan cukup feminin.
Pakar Haruman Guerlain, Thierry Wasser menjadikan taman-taman nan terbentang luas sebagai sumber untuknya berfantasi dalam menghasilkan haruman. Dia gemar berimaginasi dan baginya laman-laman bunga yang harum tidak pernah menyekat imaginasinya dalam berkarya. Segalanya mungkin bisa terhasil daripada ‘sebendang’ taman bunga. Dan dari situ juga maka terilham Aqua Allegoria.

Haruman Guerlain Aqua Allegoria mula diperkenalkan sejak tahun 1999 yang mana ilham awalnya memang mahu menerokai apakah aroma yang bisa ditawarkan oleh taman-taman bunga dari seluruh dunia. Hajat Guerlain satu, yakni mahu berkongsi kesegaran apa yang dikurniakan kepada bumi ini. Tahun ini Guerlain menambah dua lagi ahli keluarga baharu buat koleksi himpunan ini. Memeriahkan lagi koleksi iniGuerlain memperkenalkan Flora Salvaggia dan Nattare di Sole.
Artikel Berkaitan: Memo Olfaktori

Flora Salvaggia memercikkan aroma feminin bunga melati bersama orange blossom berserta dengan keasyikan bau melon dan bau klasik white musk. Manakala bau Nettare Di Sole pula menghimpunkan keasyikan bau bunga-bungaan seperti kuntuman magnolia, mawar dan juga bunga melati. Aromanya lebih hangat dan dalam masa yang sama melekakan.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
