Memo Olfaktori - Glam Malaysia

Memo Olfaktori

Seleksi haruman mengusik jiwa sanubari. Dari memo nota segar penuh aromatik hinggalah aroma hangat cetus momen teristimewa.

Scent is the most powerful memory trigger. Wangian semestinya pilihan utama sebagai pelengkap rutin kecantikan anda. Inilah masa yang sesuai untuk upgrade wangian mengikut kegemaran anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih, tahun ini seperti kebangkitan semula dengan lebih segar. Jika diberi peluang, aroma apakah yang menjadi pilihan adakah ia memberi petunjuk aroma Fresh Citrus atau seharum bunga? Mungkin disebabkan faktor umur yang lebih matang anda memilih aroma sedikit keras dan spicy. Pemilihan haruman mengikut peribadi diri adalah dianggap satu terapi mendalam. Kerana ia merangkumi beberapa faktor sehingga anda berjaya bertemu dengan the right ones. Seperti mencari cinta, bukan sekadar serkap jarang memilih pasangan, sudah semestinya memilih yang terbaik. Percaya atau tidak apabila semakin meniti usia, aroma wangian juga turut berubah. 

FEMININ FLORA

Selembut pemakainya. Aroma bunga sentiasa menjadi pilihan hampir setiap wanita. Bukan sahaja lambang keperibadian diri malah mencetus momen tersendiri. Lembut sahaja baunya!

See also
GLAM Beauty Awards 2018

The Art of Floral

Fresh flowers with extraordinary fragrances. Koleksi ChloĆ© Atelier des Fleurs cipta keharmonian melalui kombinasi antara sembilan jenis bunga yang ditambah dengan faset tambahan seperti green atau spicy, fresh atau honey dan musky atau powdery. Seperti anda bergelar olfaktori sendiri dengan hanya berimaginasi sehingga capai apa yang diingini. The perfect accord, the unique accord. Setiap haruman mendapat sentuhan berbeza antara yang menarik Rosa Damascena,Lavanda, Magnolia Alba, Cedrus, Hibiscus Abelmoschus, Herba Mimosa, Neroli, Verbena dan Jasminum Sambac. Uniknya cara semburan perlulah memilih dua atau tiga aroma dan dilayangkan secara berlapis untuk menangkap pelbagai bau

Pautan berkaitan Layangan Cinta Abadi Calvin Klein

Scent is the most powerful memory trigger.”

FRESH NOTE

Ciutan nota aroma citrus membangkit mood serba segar. Penuh dengan kebebasan. Ilham penemuan intipati terbaru serlahkan aromatik berpanjangan. Fresh Note turut bersifat uniseks!

Segar, seimbang dan harmoni

Ilham konseptual dan clean adalah interprestasi kepada aroma segar yakni nipis dan ringan serta punya molekul terbaru. Aroma clean membantu anda komunikasi lebih peka berbanding haruman klasik. Seperti koleksi Eternity oleh Calvin Klein hadir dengan pilihan segar buah pear, blackcurrentdan bergamot. Lebih harmoni tambahan nota tengah seperti bunga peony, rose absolute dan jasmine absolute serta diperkemas pula bersama nota kering patchouli, musk dan amber.

See also
Petua Untuk Anda Yang Sukar Tidur

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM MEI 2021

Gambar: Micky Wong/Newstoryboards Production Solekan: Cat Yong Rambut: Cody Chua Model: Nia Atasha/ The Models Lab KL