Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioKulit yang kelihatan sempurna bukan hanya bergantung pada foundation. Persediaan kulit sebelum solekan dan sentuhan terakhir selepasnya memainkan peranan yang sama penting untuk memastikan hasilnya kekal segar dan sekata.
Pendekatan inilah yang menginspirasikan The Studio Complexion, evolusi terbaharu Dior Forever oleh Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup. Menerusi tiga produk baharu, Dior membawa kepakaran solekan backstage ke dalam rutin kecantikan harian.
Dior Forever Skin Veil, Asas Kepada Kulit Bercahaya

Bagi mereka yang mahukan kemasan kulit yang lebih segar dan luminous, Dior Forever Skin Veil hadir sebagai primer empat dalam satu yang menggabungkan manfaat serum, pelembap, primer dan perlindungan UV dalam satu formula. Diperkaya dengan asid hialuronik, ia membantu mengekalkan kelembapan kulit sehingga 24 jam sambil menyediakan asas yang licin untuk aplikasi foundation.
Lebih daripada sekadar primer, formula ini turut membantu menguatkan skin barrier dan memberikan kesan kulit yang kelihatan lebih anjal sebelum solekan disapu.
Dior Forever Velvet Veil, Kemasan Matte Yang Kekal Natural

Bagi penggemar kemasan matte, Dior Forever Velvet Veil menawarkan pendekatan yang berbeza. Formula empat dalam satunya membantu menyamarkan penampilan liang pori, memperhalus tekstur kulit dan mengawal kilauan tanpa membuatkan wajah kelihatan rata atau kusam.
Hasilnya ialah kemasan yang lembut, sekata dan ringan, sesuai untuk mereka yang inginkan solekan tahan lama dengan efek blur yang tetap mengekalkan dimensi semula jadi kulit.
Dior Forever On Set Powder, Sentuhan Terakhir

Melengkapkan rutin ini ialah Dior Forever On Set Powder, bedak lut sinar yang diinspirasikan daripada teknik jurusolek profesional di belakang pentas.
Formula ultra halusnya menggabungkan tujuh jenis serbuk penyempurna untuk menghasilkan efek kabur yang hampir tidak kelihatan pada kulit. Diperkaya dengan asid hialuronik, ia membantu menetapkan solekan sehingga 12 jam sambil mengekalkan keselesaan kulit sepanjang hari.
Hadir dalam lima rona universal, bedak ini menyatu secara semula jadi dengan pelbagai tona kulit tanpa mengubah warna foundation, menghasilkan kemasan yang ringan seolah olah tidak memakai bedak.
Dior Forever Compact Cushion Case, Sentuhan Couture

Turut diperkenalkan ialah Dior Forever Compact Cushion Case edisi terhad yang direka untuk refill Dior Forever Cushion dan Dior Forever Skin Glow Cushion. Hadir dengan pilihan rekaan yang diinspirasikan daripada kod ikonik Dior, compact ini mengangkat produk harian menjadi aksesori yang menggabungkan fungsi dan sentuhan couture.
Melalui The Studio Complexion, Dior Forever membuktikan bahawa kulit yang kelihatan sempurna tidak bergantung kepada satu produk sahaja. Ia lahir daripada rutin yang menyeluruh, daripada persediaan kulit hinggalah sentuhan terakhir, bagi menghasilkan kemasan yang kekal segar, sekata dan sentiasa bersedia untuk berada di hadapan kamera.
artikel berkaitan: Bold Eyes Atau Bold Lips? Ketahui Bila Masa Yang Sesuai Untuk Menggayakannya
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Bold Eyes Atau Bold Lips? Ketahui Bila Masa Yang Sesuai Untu...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
