Pilihan Terbaik Lipstik Dior Addict Ini Cipta Semula Kilauan Berani
Dior Addict Pilihan Lipstik GLAM

Dior Addict Pilihan Terbaik Lipstik GLAM

Dior Addict dilabel sebagai gincu paling bergaya dan direka dengan semangat couture. Gincu ini kembali dicipta semula dengan penuh kilauan lebih berani. Maka tidak terkejut ia menjadi pilihan terbaik lipstik GLAM.

Setiap musim, Dior Addict pasti hadir dengan ilham gaya baharu sebagai pelengkap untuk gaya peribadi. Kali ini pilihan terbaik lipstik GLAM ini tampil dengan ilham lebih berani. Aksesori kecantikan terunggul, sarung gincu Dior Addict menempatkan warna gincu yang paling diingini dengan barisan warna baharu lagi berseri. Untuk melengkapi warna-warna baharu ini, Peter Phillips mencipta set sarung yang hebat dan tiga pemegang gincu signature yang ikonik seperti Dior Heritage, Oblique dan Cannage.

Dior Addict Peter Philips

Gambar : David Ferrua

Sebanyak 10 rona baharu diperkenalkan dalam faset warna nude yang sangat mengagumkan. Palet Nudes N’Roses menyemarakkan lagi identiti Dior Couture. Setiap warna direka untuk menyerlahkan pelbagai tona kulit dengan sentuhan keberanian yang menjadi ciri khas kreasi rumah fesyen ini.

Dengan kilau yang intensif dan bersinar, Dior Addict menyaluti bibir dengan warna tepu yang bercahaya untuk hasil solekan yang memukau, dengan 10 warna nude baru untuk meningkatkan penampilan yang paling menarik. Dari tona semula jadi hingga warna-warna yang paling berani, setiap satu mempamerkan intensiti yang berani. Setia kepada DNA couture Dior, warna-warna ini dinamakan sempena aksesori ikonik yang memberi inspirasi.

See also
Edisi Lebaran: GLAM Beauty Club X Lancome Bersama Ady Razak

Dior Addict

 

SEMBANG CANTIK BERSAMA PETER PHILIPS, PENGARAH KREATIF DAN IMEJ DIOR MAKEUP

1. Apakah yang membuat anda terinspirasi ketika mencipta warna-warna baru untuk Dior Addict, dan bagaimana pilihan terbaik lipstik GLAM ini meningkatkan gaya solekan yang berbeza?

Saya sentiasa teruja untuk mencipta warna-warna baru dan menggabungkannya dalam tampilan penuh. Dior Addict adalah produk yang sangat memberi inspirasi kala digunakan. Teksturnya lembut, memberikan hasil solekan yang penuh dan menggoda. Rangkaian warna, termasuk 10 warna baru, mudah dipadankan dalam mana-mana tampilan, dari kasual hingga seksi, dari sofistikated hingga unik.

2. Untuk ilham solekan kedua, anda menggabungkan bibir berani dan mata berani; adakah tip yang boleh anda berikan untuk menghasilkan gaya ini untuk solekan siang hari?

Secara keseluruhan, anda boleh melakukan rutin yang biasa digunakan untuk semua jenis solekan. Untuk waktu siang gunakan solekan yang kurang tebal. Untuk waktu malam, anda boleh tampil lebih berani dengan pilihan terbaik lipstik GLAM ini. Cahaya siang sering kurang memaafkan, dan cahaya pada waktu malam memantulkan solekan anda dengan cara yang berbeza.

Pilihan terbaik lipstik Dior Addict Peter Philips

Gambar : David Ferrua

3. Berdasarkan pengalaman anda dan trend yang ditonjolkan untuk gaya solekan ini, apakah yang anda boleh ramalkan trend solekan 2025? Bagaimana Dior memposisikan jenama untuk mengikuti trend ini?

Trend pada masa kini sangat unik, bukan sahaja kerana sentiasa ada lebih dari satu trend yang berlaku pada masa yang sama, tetapi juga kerana trend sering dikaitkan dengan viral, ia boleh muncul secara tiba-tiba dari langit biru, dan juga boleh hilang dalam sekelip mata. Apabila sesuatu produk itu bagus dan orang tertarik padanya, produk itu boleh menjadi trend, atau gaya yang dihasilkannya boleh menjadi trend. Jadi rahsianya adalah untuk mencipta dan menawarkan produk yang tidak mengecewakan.

See also
Rambut Santai Ilham Anugerah Emmy

4. Apakah yang menginspirasikan anda ketika menghasilkan sepuluh warna baru Nudes N’Roses untuk Dior Addict?

Saya ingin mencipta koleksi kapsul warna nude yang melengkapkan rangkaian warna Dior Addict yang sedia ada. Nude yang kaya dengan kepelbagaian, formula yang menjaga dan hasil solekan yang mengagumkan.

5. Apakah yang anda paling suka tentang sarung Dior Addict?

Saya suka fakta bahawa bersama-sama dengan pelanggan kami, kami boleh merangkul konsep pembungkusan isi semula dengan cara yang bertanggungjawab dan bergaya yang menyeronokkan. Sarung ini sangat diinginkan dan boleh mengubah warna bibir pilihan terbaik lipstik Dior Addict kegemaran anda menjadi aksesori yang lebih bergaya.

Pilihan terbaik lipstik Dior Addict Peter Philips

Gambar : David Ferrua

6. Apakah tip utama anda untuk memakai gincu Dior Addict?

Tiada alasan untuk tidak memakai pilihan terbaik lipstik Dior Addict, warnanya mudah dan boleh diakses, formulanya terasa seperti pelembap yang kaya dan mewah. Rangkaian warna baru mempunyai aura semula jadi yang santai. Anda boleh sahaja memakainya seperti gincu biasa, untuk hasil yang cantik dan berkilau. Atau anda boleh menggabungkan gincu Dior Addict dengan penanda kontur bibir untuk ilusi bibir yang lebih penuh.

See also
Eyeliner Unicorn Menjadi Kegilaan Blogger Kecantikan

Artikel berkaitan Dior Addict Lip Glow Baharu Diformulasikan Untuk Keberkesanan Optimum