#GLAMLokal : Sains Neurogenik Rahsia Putryana Untuk Malaysia - Glam Malaysia

#GLAMLokal : Sains Neurogenik Rahsia Putryana Untuk Malaysia

Jenama penjagaan wajah premium tempatan, Putryana kini hadir dengan barisan produk baharu yang menggunakan teknologi neurokosmetik.

Baru-baru ini berlangsung pelancaran eksklusif Putryana di WOOBAR, W Kuala Lumpur yang bertemakan Les Visages de Putryana (The Faces of Putryana). Kisah menarik mengenai pengenalan jenama ini di pasaran tempatan, segalanya bermula di Kota London. Pada tahun 2000, Honzie dan Mei, pasangan suami steri dari Malaysia memutuskan untuk mencipta rangkaian penjagaan kulit mereka sendiri untuk memerangi masalah kulit lewat 90-an di Malaysia, pengelupasan kulit. Dahulunya dikenali sebagai Ashley Dermacare. Dengan kerjasama doktor dari Switzerland, Putryana direka dan dirumus menggunakan teknologi nano terkini, untuk produk penjagaan kulit.

Pengasas Putryana, Honzie dan Mei

Kini, setiap barisan produk premium Putryana ini adalah transformasi dalam merawati setiap masalah kulit wajah. Menerusi teknologi neurokosmetik yang merupakan salah satu teknologi termaju dalam membangkitkan tindak balas neurogenik. Selama bertahun-tahun, produk telah ditambah baik dalam kaedah dan bahan yang sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk minyak berfaedah yang digunakan sebagai ramuan asas.

See also
Vanessa Hudgens Tularkan Vibe Cher!

Putryana bermaksud Puteri Saya iaitu gabungan bahasa Melayu dan Arab. Menurut pengasasnya, Mei ingin mencipta jenama untuk ibu-ibu berkongsi rahsia pengalaman kulit yang berseri dan semula jadi dengan anak perempuan mereka. Jenama ini lambang kepada daya tarikan ‘puteri’ ke arah menjaga kulit, di mana ikatan emosi antara ibu dan anak perempuan adalah satu hubungan yang erat dan diteruskan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Dalam barisan produk baharu ini, pengguna akan mengalami konsep Jepun Shirin-Yoku, diterjemahkan secara literal, ia bermaksud mandi hutan. Ini adalah yang terbaru dalam sains Neurogenik untuk penjagaan kulit. Penggunaan teknologi ini bermakna  menawarkan produk lengkap yang bukan sahaja berfungsi dalam aspek bio-fizikal, tetapi ia juga mendorong tindak balas neurogenik yang mencetus kepada perasaan tenang, gembira, rasa kesejahteraan dan perasaan positif.

Tindak balas neurogenik ini menyegarkan dan merangsang mediator kulit, menghasilkan kulit yang lebih sihat. Kesan neurokosmetik yang ketara ialah kaitan dengan emosi yang secara langsung menjana keadaan “rasa baik” apabila menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit Putryana. Menerusi produk ini, proses penuaan terkawal kerana pengurangan tekanan secara keseluruhan. Oleh itu, Putryana tegas dalam membentuk garis penjagaan kulit berasaskan bersih yang memancarkan kecantikan dari dalam, menyokong kesucian, keyakinan dan membina kulit yang lebih sihat.

Pelancaran eksklusif Les Visages de Putryana

Jenama ini mendedahkan tujuh produk penjagaan kulit yang dipertingkatkan bahan kandungannya seperto Clarifying Gel, Clarifying Toner, Clarifying Lotion, Ultra Moist, Day Shield (UV SPF 50), Revitalizing Serum dan Essential Aromatics Face Oil. Setiap produk boleh dibeli melalui laman web rasmi Putryana. Dan sempena pelancaran laman web baharu ini, terdapat tawaran istimewa sebanyak 25% penjimatan untuk semua pembelian dalam talian, sah sehingga 31 Oktober 2022.

See also
Gaya Rambut Ponytail Ilham Selebriti

Artikel berkaitan Pati Avokado Rahsia Kulit Badan Kering