Rihanna kembali mengubah cara kita melihat rutin penjagaan diri dengan pelancaran global Fenty Skin Body Collection, rangkaian body care yang menjadikan penjagaan tubuh sebagai satu pengalaman sensori yang lebih hidup dan lebih peribadi.
“Daripada buih hingga ke haruman, rangkaian penjagaan tubuh ini direka untuk memberikan pengalaman menyeluruh. Ia bersifat playful dan mewah, serta dicipta untuk digabungkan dan dijadikan sebahagian daripada gaya hidup harian.,” kata Rihanna, menggariskan falsafah di sebalik koleksi ini yang mengajak pengguna untuk touch, spray and play dalam rutin harian mereka.
Pengalaman Body Care yang Lebih Imersif
Bakal dilancarkan pada 30 April 2026, koleksi ini dicipta untuk mengaktifkan deria, ia mengubah rutin harian menjadi ritual yang lebih bermakna.
Dari tekstur yang kaya, buih yang lembut, hingga haruman yang menyegarkan, setiap produk direka untuk memberikan pengalaman wangian dan menenangkan dari kepala hingga ke hujung kaki.
Koleksi ini hadir dalam dua rangkaian haruman utama yang boleh digunakan secara layering dan disesuaikan mengikut mood:
Hey, Bouquet

Satu interpretasi floral yang berani dengan gabunganjasmine, pink peppercorn, orange zest, vanilla, sandalwood dan rose, menghasilkan karakter segar tetapi penuh keyakinan.

Vanilla Flowers

Floral gourmand yang lebih hangat dan sensual dengan Tahitian vanilla, vanilla orchid, fluffy musk, sugared woods, bergamot dan lily of the valley, mencipta aura lembut tetapi memikat.

Big Dripp’r Body Wash: Ritual Mandian yang Kaya
Antara sorotan utama koleksi ini ialah Big Dripp’r Body Wash diformulasi dengan tekstur pekat seperti madu yang berubah menjadi buih lembut ketika bersentuhan dengan air. 
Ia membersihkan kulit sambil meninggalkan lapisan haruman yang tahan lama, menjadikan pengalaman mandi lebih daripada sekadar rutin harian. Seperti yang digambarkan Rihanna, ia adalah “a sensorial experience from beginning to end” yang mengubah bilik mandi menjadi ruang aroma yang mewah.
Melengkapkan koleksi ini ialah Allover Body Mist, yang direka untuk menaikan mood dengan satu semburan.

Sama ada untuk menyegarkan diri di rumah atau ketika bergerak, mist ini memberikan kebebasan untuk bermain dengan identiti haruman. Setiap varian membawa lapisan aroma yang boleh disesuaikan, menjadikan ia lebih daripada sekadar wangian, tetapi satu ekspresi diri.
Set Travel dan Mini Duo

Untuk mereka yang sentiasa bergerak, Fenty Skin turut menawarkan:
Body Start’r Set Mini Body Trio
Satu set perjalanan yang merangkumi body wash, bubble bath, dan body mist dalam haruman Vanilla Flowers, menjadikannya pilihan lengkap untuk membawa pengalaman Fenty Skin ke mana sahaja.
Lil’ Mists Mini Body Mist Duo
Dua mini mist dalam Vanilla Flowers dan Hey, Bouquet, direka untuk layering dan eksplorasi haruman mengikut mood harian.
Reka Bentuk yang Fungsional dan Moden
Selain sensorial, koleksi ini turut menitikberatkan reka bentuk. Setiap botol diperbuat dengan 30% post-consumer recycled material, diserikan dengan kod warna berbeza untuk memudahkan pemilihan haruman yakni coklat lembut untuk Hey, Bouquet dan merah jambu taffy untuk Vanilla Flowers.

Bahagian dasar botol turut direka dengan tekstur beralun inspirasi tapak kasut sneaker, memastikan cengkaman lebih stabil walaupun dalam keadaan basah, gabungan estetika dan fungsi dalam satu rekaan.
Dengan Fenty Skin Body Collection, Rihanna sekali lagi mentakrifkan semula erti penjagaan tubuh. Ia bukan lagi sekadar rutin harian, tetapi satu pengalaman yang bergerak seiring mood, gaya dan identiti setiap individu.