YSL Beauty Perkenal Losen Pengelupas Kulit - Glam Malaysia

YSL Beauty Perkenal Losen Pengelupas Kulit

YSL Beauty memahami keperluan wanita kota yang mahukan kulit cantik tanpa perlu mengorbankan gaya hidup mereka yang sentiasa sibuk. Maka terhasilah esen losen untuk pengeluapsan kulit yang menajdi kunci kepada kulit jernih berseri. 

Biarpun lebih dikenali dengan rangkaian alat soleknya, secara perlahan saya lihat YSL Beauty berjaya membolosi dinding penjagaan kulit sejak mereka memperkenalkan Pure Shots beberapa tahun lalu. Tidak menoleh ke belakang lagi, label kecantikan Paris ini terus menjalankan kajian untuk menaik taraf produk penjagaan kulitnya lebih-lebih lagi dengan sumber bahan-bahannya yang tumbuh subur dari tamannya sendiri di Morocco, The Ourika Community Gardens. 

YSL Beauty Perkenal Losen Pengelupasan Kulit

Berpandukan respon daripada pengguna juga hasil meneliti keperluan wanita hari ini, YSL Beauty menaik taraf Pure Shot dengan formula terkini yang dilihat selari dengan faktor kesihatan kulit yang juga dipengaruhi oleh faktor gaya hidup. 

YSL Scientific Board tidak hanya mengkaji dari sudut dermatologi, saintis, pakar botani tapi mereka turut melihat kepada pengaruh gaya hidup. Berdasarkan kajian 35 peratus faktor penuaan hari ini adalah disebabkan oleh gaya hidup. 

See also
YSL Beauty Lancar Kempen Abuse is Not Love, Kempen Menentang Kezaliman Ke Atas Wanita

Artikel Berkaitan: YSL Beauty Lancar Kempen Abuse is Not Love

Bukan itu sahaja, YSL Beauty juga memahami kehendak wanita yang berbeza, masing-masing mempunyai ‘isu’ tentang kulit dan wajah mereka sendiri. Kemahuan mereka berlainan. Maka lahirlah rangkaian Pure Shots yang dicipta dengan fokus tertentu. Mereka hadirkan teman buat produk mereka yang sudah sedia diakui kualitinya iaitu Pure Shots Night Reboot Serum berserta Lines Away Serum, Light Up Serum, Y Shape Serum, Hydra Bounce Eseence-in-Lotion dan Perfect Plumper Cream. 

Dan yang terbaru YSL Beauty menambah Soft Polish Double Essence untuk mengoptimumkan hasil penggunaan rangkaian ini. Gaya hidup khususnya wanita yang tinggal di kota cukup pantas, 24 jam yang ada bagaikan tidak pernah cukup lantas menyebabkan mereka stres yang ada sangkut-pautnya dengan masalah kulit. Begitu juga dengan pencemaran. Soft Polish Double Essence ini adalah losen pengelupasan yang bertindak menjernihkan kulit, mengetatkan pori di wajah juga membuatkan kulit lebih anjal. Losen ini melakukan pengelupsan menggunakan formula dari minyak argan. 

See also
"Ketika Ini Saya Utamakan EQ, Menjaga Emosi & Mental,"- Yasmin Hani

Losen ini disarankan digunakan setiap pagi sebaik mencuci muka. Diikuti dengan sapuan Pure Shots, krim pelembap dan krim tabir suria.

YSL Beauty Perkenal Losen Pengelupasan Kulit

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Suka Mekap Tebal”- Kaia Gerber