YSL Beauty Lancar Kempen Abuse is Not Love, Kempen Menentang Kezaliman Ke Atas Wanita - Glam Malaysia

YSL Beauty Lancar Kempen Abuse is Not Love, Kempen Menentang Kezaliman Ke Atas Wanita

YSL Beauty mengambil inisiatif untuk membantu juga membimbing wanita di seluruh dunia dari menjadi mangsa kezaliman pasangan sendiri.

Dinamakan sebagai ‘Abuse is Not Love’, kempen ini mensasarkan bantuan kewangan untuk kajian dan aktiviti kesedaran dalam mendidik 2 juta orang menjelang 2030 dalam hal berkaitan. Kempen ini dilancarkan minggu Lalu bersempena dengan Hari Antarabangsa United Nation (UN).

Kempen ini bertitik tumpu pada intimate partner violence (IPV) yakni kezaliman oleh pasangan yang mana isu ini adalah masalah lazim yang dialami wanita. Kezaliman ini merangkumi penderaan fizikal, seksual, kewangan dan juga penderaan emosi termasuklah kawalan keterlaluan oleh pasangan. Menurut kajian lebih 600 juta wanita di seluruh dunia yang menganggap kezaliman ke atas wanita oleh pasangan mereka bukanlah satu jenayah. 

Dalam usaha menjayakan kempen ini YSL Beauty telah menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi tahun ini, badan yang terlibat ialah En Avant Toute di Perancis, Women’s Aid Federation di United Kingdom dan It’s on Us di Amerika Syarikat. 

See also
6 Cara Mudah Untuk Gayakan Seluar Kargo

Baca: Haruman Kegemaran Dua Lipa

Dua Lipa, Duta YSL Libre

Pastinya kempen ini mendapat sokongan duta YSL Beauty sendiri termasuklah Dua Lipa. Penyanyi yang tercalon sebanyak enam kategori di Grammy Awards yang dijadualkan berlangsung awal tahun hadapan ini berkata, “isu ini wajar diberi perhatian dan sudah tiba masanya untuk tindakan diambil. Saya berbesar hati untuk menyokong usaha YSL Beauty dalam inisiatif yang sangat penting ini. 

Abuse is Not Love adalah satu langkah yang sangat diperlukan dalam membuktikan sokongan YSL Beauty kepada wanita di seluruh dunia khususnya dalam memberi kebebasan juga kesamarataan di kalangan Wanita,” kongsi ZOe Kravitz yang juga merupakan wajah kempen haruman YSL Beauty. 

Menurut Dr Beth Livingston yang merupakan pakar akademik yang banyak menjalankan kajian dalam hal jantina dan kesamarataan, IPV adalah isu yang berbahaya yang meninggalkan kesan kepada wanita (juga lelaki) dalam banyak aspek kehidupan termasuklah dalam kehidupan termasuklah suasana di tempat kerja.

YSL BEAUTY Menyenaraikan 9 Tanda Anda Adalah Manga Kezaliman Pasangan Sendiri

Baca: Rahsia Solekan Kaia Gerber