Related Stories
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Marissa Suhaila ialah penulis gaya hidup di GLAM Malaysia. Menulis tentang gaya hidup, pen...
Read Full BioPercaya atau tidak dari dekorasi hingga ke pencuci mulut, ini adalah trend perkahwinan terkini yang menjadi pilihan pengantin moden!
Walaupun baru memasuki pertengahan tahun 2026, pelbagai trend perkahwinan baharu mula mencuri perhatian ramai di sosial media. Tidak dinafikan pasangan pengantin kini semakin kreatif! berikut adalah trend perkahwinan terkini yang anda patut tahu.
1. Bar Sayur – Sayuran dan Buah – buahan

Foto kredit: Shaherazahari
Lupakan doorgift biasa! pasangan moden kini lebih memilih bar sayur-sayuran atau buah-buahan sebagai doorgift. Tetamu boleh memilih dan membawa pulang hasil segar ke rumah. Doorgift itu disediakan mengikut kreativiti ada yang digubah menjadi sejambak bunga dan ada juga yang diletakkan di dalam bakul.
2. Tiramisu Tower

Foto kredit: Luisaapanui
Fenomena tiramisu turut mencuri perhatian dunia perkahwinan. Daripada kek bertingkat tradisional berwarna putih, kini ramai pengantin kini memilih tiramisu tower sebagai pencuci mulut utama yang bukan sahaja cantik tetapi instagram worthy!
3. Drapery Curtain

Foto kredit: Dsandingaziey_wedding & Nazirulmubinzakaria
Ini adalah satu pilihan trend yang sangat menarik, Drapery menjadi elemen dekorasi yang memberi sentuhan mewah pada ruang majlis. Sama ada di dalam dewan atau lokasi terbuka, pemilihan fabrik dan warna mampu mengubah keseluruhan suasana.
4. Projektor Hitam Putih

Foto kredit: Auryngautama
Satu alternatif yang bijak selain menggunakan skrin televisyen biasa, projektor hitam putih yang dipaparkan di drapery curtain memberikan sentuhan yang klasik dan juga menambahkan suasasan romantis majlis itu.
5. Susunan Meja Unik

Foto kredit: lovelybride
Susunan meja bukan lagi sekadar bulat atau panjang. Rekaan berbentuk organik, melengkung atau berkonsep komuniti menjadikan ruang lebih eksklusif dan mesra tetamu. Selain itu, meja juga dihias dengan pelbagai dekorasi yang unik dan menarik!
6. Embroidery Handkerchief

Foto kredit: Weddingthingsmy
Selain veil bersulam, sapu tangan dan embroidery ribbon semakin popular sebagai aksesori perkahwinan. Bukan sahaja cantik, malah boleh disimpan sebagai kenangan yang sangat sentimental dan personal sama ada buat tetamu mahupun pengantin itu sendiri.
Artikel berkaitan: Ini Cincin Perkahwinan Yang Menjadi Dambaan Wanita
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
8 Selebriti Asal Kanada Yang Meraih Kemasyhuran Di Hollywood
Siapa Aristokrat Peregrine Pearson, Kekasih Baru Sophie Turn...
Beyonce & Adidas Hulur Bantuan Kewangan Buat Mangsa Ribu...
Kehangatan Cocooning Longchamp SS26
7 Snek Halal Wajib Cuba Tahun Baru Cina 2026
Derita Cinta Putus Berganti Bahagia Dipenghujungnya
Sejenak Bersama Datin Lynda Rahim
Tertarik Kepada Wanita Lain, Punca Liam Hemsworth Dan Miley ...
Most GLAM 2017: Alia Bastamam
Tip Penjagaan Fabrik Di Kamar Beradu
Selamat Bernikah, Miller Khan Pilih Pereka Fesyen Sebagai Su...
KLFWRTW DAY 5: Rizman Julang Piala Outstanding Designer!
Detik-Detik Mengagumkan Sewaktu MTV EMA 2017
Keceriaan Bersama Lancôme Sepanjang Raya
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Kenali Lima Peragawati Androgini
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
