Diamond & Platinum Anjur "Pink Spark: Uniting for a Cause"
pink spark

Diamond & Platinum Anjur “Pink Spark: Uniting for a Cause”

Bulan lalu telah berlangsungnya acara “Pink Spark: Uniting for a Cause” anjuran jenama barang kemas, Diamond & Platinum, sebuah acara kebajikan penuh kesedaran! 

Jenama barang kemas dan perhiasan diri, Diamond & Platinum, kembali buat tahun ketiganya dalam melaksanakan acara larian amal, “Pink Spark: Uniting for a Cause” hasil kerjasama bersama National Cancer Society Malaysia. Acara yang dianjurkan bersama penganjur JomRun dengan sokongan Pavilion Bukit Jalil juga Majlis Sukan Negara ini diadakan bagi mengumpul dana serta mempertingkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan kanser.

Lebih istimewa, menerusi acara amal ini, Diamond & Platinum telah menderma sebanyak RM30,000 kepada badan kebajikan National Cancer Society Malaysia dalam mempertingkat kesedaran buat orang awam. Disamping itu, pihak badan kebajikan ini juga turut menyediakan aktiviti sokongan seperti menyediakan ruang ‘screening’ untuk mengesan hepatitis B juga hepatitis C bersama ujian iFOBT untuk kanser kolorektal, ujian gula dalam darah, juga pemeriksaan klinikal untuk payudara.

pink spark

Di hari acara “Pink Spark: Uniting for a Cause” ini juga, Diamond & Platinum turut menjemput ahli sukan ternama negara, Datuk Shalin, Datuk Mike Mehan juga Ho Ying sebagai perwakilan daripada Majlis Sukan Negara dalam memeriahkan lagi acara titik permulaan larian bersama Pengarah Diamond & Platinum, Leslie Choong juga Penolong Pengurus Besar Pemasaran Pavilion Bukit Jalil, Stephanie Mak. Tidak ketinggalan, selebriti juga ikon fesyen popular, Scha Al-Yahya, turut memeriahkan acara larian amal yang berlangsung pada bulan lalu ini.

See also
Mary Elizabeth Winstead & Ewan McGregor Disatukan Dalam Satu Majlis Intim

pink spark

Misi utama acara amal ini adalah bertujuan untuk menggerakkan usaha dalam membawa perubahan terhadap keprihatinan dan kesedaran penyakit kanser. Ia bukanlah sekadar acara biasa, ia adalah merupakan sebuah gerakan yang ingin membantu setiap individu tentang penyakit ini. Diamond & Platinum menyasarkan untuk memberi impak hebat melalui kempen ini dengan memberitahu orang ramai tentang kesan penyakit berbahaya ini.

pink spark

Tahun ini, pelbagai aktiviti telah disediakan di “Pink Spark: Uniting for a Cause”. Selain acara larian amal, aktiviti seperti bengkel interaktif, aktiviti perbincangan penuh inspirasi serta hiburan disediakan buat pengunjung yang hadir. Mereka mahu menjadikan acara ini sebagai satu platform yang menyampaikan mesej positif juga penuh harapan hasil perkongsian cerita-cerita menarik oleh mereka yang pernah menghadapi penyakit ini.