Estrella Diamond Dua Dekad Simbol Elegan

Dua Dekad Estrella Diamond, Simbol Elegan Gelora Mewah

Diamond & Platinum memperkenalkan koleksi ulung terkini bersempena ulang tahun ke-20 Estrella Diamond. Koleksi yang mencerminkan ketukangan dua dekad yang tiada tandingan serta cukup timeless. 

Istimewa untuk meraikan tahun bermakna ini, Estrella Diamond menzahirkan empat koleksi terbaharu yang mengetengahkan gaya sofistikated, elegan juga menyuntik pesona mewah. Ia adalah Estrella De Sol, Estrella Mio, Estrella Belleza juga Estrella Valiente. 

Estrella Diamond

Berlian sesungguhnya menjadi dambaan wanita hari ini dan kami yakin siri De Sol bakal menambat hati sesiapa sahaja yang memilikinya. Koleksi utama di dalam siri terkini Estrella Diamond ini adalah daripada siri Estrella De Sol. Namanya menterjemahkan “Star of the Sun” di dalam bahasa Sepanyol dan direka dengan definisi kemilaunya yang tersendiri. Ia merangkumi kilauan, kemegahan sinar matahari. 

Direka dengan material terbaik dan perhatian diberikan pada perincian, Setiap desain di dalam koleksi ini mempamerkan batu berlian tengah yang Indah dan dikelilingi dengan lingkaran batu berlian yang lebih kecil.

See also
GLAM First: Dior Musim Luruh 2022 di Seoul

Terokai pula koleksi Estrella Mio yang membawa maksud “My Star” di dalam bahasa Sepanyol. Sebuah koleksi perhiasan yang indah dengan reka bentuk yang menawan. Desain dengan tepiaan bentuk pentagon kemudian diperletakkan batu berlian di tengah. Ini menyimbolkan perjanjian masa hadapan dalam suatu ikatan. Cinta yang tidak boleh dipisahkan antara dua hati.

Buat yang menggemari gaya manis dan dalam pada masa yang sama memiliki personaliti riang dan keunikan tersendiri, koleksi siri Estrella Belleza adalah perhiasan diri yang harus anda miliki. Koleksi ini menggunakan desain geometri floral sebagai taruhannya. Bunga melambangkan ketenangan, dan siapa sahaja yang menyarungkan koleksi ini pasti mengimpikan yang sama, kebebasan.  Estrella Diamond

Akhir sekali, koleksi siri Estrella Valiante, berkilau mewah saat cahaya memantul pada permukaan berlian yang bertatah. Sesiapa sahaja yang menyarung koleksi ini akan rasa magisnya, penuh kuasa kala menggayakan dengan penuh anggun. Ketukangannya yang cukup indah menyemai desain timeless dan cukup sofistikated. 

Ketelitian diutamakan di dalam setiap koleksi terkini Estrella Diamond dan dicipta khas bersempena ulang tahun istimewanya. Warisan estetika Diamond & Platinum dalam memperkenalkan potongan berlian ini yang sememangnya tiada tandingan. 

See also
Clash de Cartier : Cita Rasa Dua Karakter Berbeza, Satu Rekaan

Potongan sempurna dengan 8 simetri hati dan potongan anak panah, cukup menggambarkan berlian ini unik dan menjadikan ia sebagai desain potongan yang paling ideal. Tahukah anda, kurang daripada 0.1% peratus berlian di dunia yang layak digelar sebagai Estrella Diamond? Berlian ini juga mencapai penggredan prestasi cahaya 3 bintang muktamad yang tertinggi dan telah dibuktikan melalui pensijilan dwi. 

Kenali dengan lebih lanjut tentang Estrella Diamond di laman web rasmi Diamond & Platinum hari ini.

 

Pautan Berkaitan: La Gaia Collection, Kemilau Raya Diamond & Platinum dan Nurita Harith