Versace Core Collection, Bingkai Moden Menepati Gaya - Glam Malaysia

Versace Core Collection, Bingkai Moden Menepati Gaya

Koleksi kaca mata Versace tampil dengan rekaan yang pelbagai, mempertaruhkan stail dan bingkai yang kontemporari dan terbentuk dari inspirasi tertentu. Bentuk bingkai dan siluet yang terkini, langsung tidak menjejaskan penampilan, malah kreativiti yang memaut tidak mengehadkan pemakaiannya untuk sekadar bergaya. Versace Core Collection menawarkan pelbagai rekaan untuk tujuan tertentu, kekal menjadi pilihan untuk melengkapkan gaya santai dedikasi wanita moden dan tinggi selera fesyennya. Versace mengembalikan seleksi kaca mata yang dilengkapi signatur ikonik-Greca emas yang baharu dan 3D Medusa medallion. 

IKON ROCK

Menggarap bingkai utama dari trend fesyen musim luruh/sejuk 2020, logam Versace Greek yang baharu mengintepretasikan semula dan menyerlahkan lagi bingkai ‘oversized’ dan gaya-gaya kemas melalui projek istimewa #VersaceFW20. 

  1. Rekaan kaca mata yang ini antara yang paling hangat. Digayakan oleh Kaia Gerber sewaktu pemantasan Versace musim luruh/sejuk 2021, rekaan lantang yang ditegaskan dengan bingkai geometrik oversized dan sisi kaca mata yang mewah. Tampilan golden Greca pada rekaan kaca mata dan rantai yang boleh dipisahkan, mencadangkan gaya santai yang sempurna. Statement fesyen Versace Greca pasti mendapat tumpuan berikutan gaya moden dan bijaksana terserlah hebat. Hadir dalam paduan warna hitam dan ‘temples’ kelabu gelap dan Havana dengan ‘temples’ coklat gelap. 
  1. Terinspirasi dari pertunjukkan fesyen musim luruh/sejuk 2020, rekaan yang sleek dengan bingkai berstruktur, fokusnya adalah pada Greca emas cast metal temple yang cukup memikat. Rekaannya yang terarah feminin, komited membawakan kaca mata berkualiti dalam mencapai kesempurnaan dalam segenap perincian. Menawarkan warna Havana, ‘bordeaux’ lutsinar atau hitam. 
See also
Musim Anugerah 2021: Who We Love (so far)?

GLAM MEDUSA

Mengolah semula bentuk dan motif Versace yang ikonik dengan nafas gaya yang tegas dan statement gaya yang lebih kuat, warna Medusas kristal yang baharu dan pelipis logam yang nipis. Membingkai estetika gaya urban melalui penampilan Versace Glam Medusa yang paling ikonik. Kepelbagaian bentuk terjaim mendapat tumpuan berikutan mampu menyerlahkan gaya moden dan bijaksana. 

  1. Direka untuk meningkatkan gaya peribadi, bentuk ‘oversized’ dan kanta pelindung tanpa rim menawarkan ciri-ciri 3D light filled, kristal yang berwarna. Atau logam Medusa pada bahagian bawah kiri lensa, mengintepretasikan semula stail masa kini bersama muse Versace iaitu the Glam Medusa. Logo dan wajah 3D Medusa yang terpahat pada sisi kaca mata menyerlahkan lagi penampilan pabila menyarungnya. Hadir dalam warna emas dan lensa kelabu gelap.
  1. Bentuk kaca mata segi empat tepat menonjolkan imej yang bijak, sambil itu mempamerkan gaya urban melalui inspirasi disebaliknya. Ringan dan tampak sleek, kaca mata ini disesuaikan dengan gaya-gaya harian kerana konstruksinya yang sederhana, namun menonjol dengan simbol-simbol yang kuat, seperti pahatan logo Versace dan 3D Medusa pada sisi kaca mata. Hadir dalam warna emas rose, hitam atau emas matte, dan merah jambu atau emas yang gilap. 
See also
Chanel Mendedikasikan Koleksi Tas Tangan dan Wangian Untuk Coco Chanel

MEDUSA STUD

Bold and irresistible- gambaran yang paling sempurna mengenai rekaan kaca mata dari koleksi Medusa Stud. Bentuk yang unik, dilengkapi plak logam dan stud Medusa yang cukup diingati ditampilkan pada sisi kaca mata. Reka bentuk yang unik tidak akan menjejaskan penampilan, malah fungsinya adalah untuk melindungi kesihatan mata. Kaca mata jenis ‘Sun style’ ini ditawarkan dalam ton warna putih dengan kelabu yang cukup chic dan khusus wanita-wanita matang dalam berfesyen. 

IKON VINTAGE

Rencah rock dari citra fesyen era ‘80-an membentuk gaya kaca mata dari rangkaian Vintage Icons. Reka bentuk klasik diserlahkan dengan warna-warna garang, untuk mencipta gaya yang terdepan, sambil itu melaungkan statement yang luar biasa. Lensa logam dipadankan dengan kecirian Greca Medusa medallion sebagai kemasan terakhir yang punya daya kreativiti yang berpengaruh. Rekaan dalam warna lantang, seperti ton warna merah dicadangkan buat wanita yang berani. 

Artikel berkaitan: Karl Lagerfeld Beri Sensasi Gaya Berseni Moden